Pada Syariah Ada Hikmah

Nombor Isu:

54

Tarikh Terbit:

Oct, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. 

Topik Maqasid Syariah adalah satu perkara yang mesti dibincangkan kini kerana ia telah mula diterima dengan baik oleh pelbagai peringkat masyarakat, Islam mahupun bukan Islam.

Namun masih terdapat kecacatan dalam memahaminya apabila Maqasid Syariah dianggap atau dijadikan sumber utama dalam pensyariatan. Sehinggakan kita mendapati ada pandangan yang mengabaikan dalil-dalil syarak yang lain.

Maka dengan rasa bertanggungjawab terhadap agama, ilmu dan umat, al-Ustaz mengambil tanggungjawab ini untuk menjelaskan hakikat Maqasid Syariah menurut pandangan ulama-ulama muktabar. Tujuannya agar prinsip wasatiyyah dalam semua isu menjadi dasar seluruh umat Islam.

Faham syariah, jelas matlamat kita, merdeka hidup kita. Menuju ke arah kefahaman yang sahih.

Isu-isu bulan ini

Berkenalan dengan Maqasid Syariah

Seperti kata Imam Maqasid, Abu Ishaq al- Syatibi: ‘Sekiranya maqasid adalah roh bagi setiap amalan, maka amat menghairankan orang yang hidup tanpa penghayatan maqasid, iaitu hidup tanpa roh! Fiqah tanpa maqasid adalah fiqah tanpa roh. Seorang faqih tanpa maqasid adalah faqih tanpa roh, itupun jika tidak kita katakan yang dia bukan sebenar-benar faqih.” “Orang yang beragama tanpa maqasid, dia beragama tanpa roh. Seorang pendakwah tanpa maqasid, dia berdakwah dengan dakwah yang kosong rohnya.”

Cabang- cabang Maqasid Syariah

Antara penggunaan maqasid yang boleh memberi keluasan dalam fatwa adalah ia boleh memudahkan dan menjadi teras untuk mentarjih (menguatkan) pendapat yang lemah apabila kekuatan maqsad (tujuan) itu jelas. Ini sangat penting bagi ahli fatwa ketika ingin berfatwa dengan pendapat yang lemah kerana ia menjadi kuat dengan melihat kepada maqsad.

Isu-Isu Dalam Maqasid Syariah

Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan dalam Maqasid al-Syariah bahawa ter- dapat golongan yang dinamakan Madrasah al-Zahiriah al-Judud (Aliran Neo-Zahiri). Antara ciri-ciri golongan yang membawa aliran literal ini adalah: Tafsiran dan fahaman bersifat harfiah. Cenderung kepada sikap keras serta menyusahkan. Menolak perbezaan pendapat. Melabel sehingga memfasiqkan orang yang berbeza malahan sehingga ke peringkat pengkafiran. Mereka tidak melihat fiqh ma’alat (impli- kasi sesuatu hukum) walaupun hukum tersebut boleh membawa kepada fitnah agama dan mazhab.

Kepentingan Maqasid Syariah

Maqasid syariah adalah topik yang sangat J penting. Kerana itulah kami menubuh­kan Institut Maqasid yang berpusat di London dan cawangan­cawangannya di serata dunia. Tujuannya; menyebarkan ilmu maqasid serta praktiknya di pelbagai peringkat dan sektor daripada akademik, masyarakat, media, dakwah dan sebagainya.

Review/Pertanyaan Majalah