Tentukan Keutamaanmu
RM9.00
Tiada Stok

Nombor Isu:

55

Tarikh Terbit:

Nov, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi, ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia.

Syariat menuntut kita supaya berfikir dan melakukan perkara yang tepat. Bahkan Imam al-Ghazali menyebutkan: “Tidak menyusun kebaikan adalah satu maksiat.”

Begitulah cara ulama kita berfikir. Kerana dengan melakukan sesuatu perkara mengikut susunan yang tepat, ia akan menatijahkan hasil yang tepat.

Pada saat umat keliru tentang kedudukan sesuatu ibadat atau isu, Majalah al-Ustaz tampil menghulurkan pertolongan agar mereka mendapat kesedaran dan membetulkan kesilapan yang berlaku.

Mudah-mudahan Allah memberi cahaya dalam kehidupan kita semua. Amin.

Isu-isu bulan ini

Huraian Makna Fiqh al- Aulawiyyat

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi men- definisikan Fiqh al-Aulawiyyat sebagai: “Mengetahui kedudukan setiap amalan, mendahulukan apa yang wajib didahulukan, dilewatkan apa yang wajib dilewatkan berdasarkan pertimbangan wahyu dan akal.”

Bagaimana Menentukan Keutamaan?

Antara aulawiyat yang dianggap muktabar dalam syarak adalah aulawiyat ilmu ke atas amal. Ilmu mendahului amal kerana ilmu adalah petunjuk. Alasan diutamakan ilmu ke atas amal adalah kerana dengan ilmu, dapat dibezakan antara kebenaran dengan kebatilan, antara ibadat yang sahih dengan ibadat yang batil.

Yang Mana Keutamaan Kita?

Contoh golongan kaya yang tertipu adalah golongan yang bersungguh-sungguh mem- bina masjid, sekolah, bangunan-bangunan yang terserlah kemudian mereka bersungguh- sungguh untuk meletakkan nama mereka supaya diingati dan disebut selepas kematian. Dan mereka menyangka mereka akan mendapat keampunan daripada Allah dengan tindakan tersebut.

Review/Pertanyaan Majalah