Dosa Dosa Besar

Nombor Isu:

56

Tarikh Terbit:

Dec, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Perbincangan berkenaan dosa-besar adalah sebahagian tugas para ulama dan pendakwah.

Ini seperti mana seruan Baginda Nabi agar kita menjauhi tujuh dosa besar, daripada syirik kepada Allah sehinggalah lari dari medan jihad.

Maka tanggungjawab al-Ustaz tidak kurang pentingnya dalam memberi peringatan kepada masyarakat akan bahaya dosa-dosa besar agar dapat menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kancahnya.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, agar masyarakat kita menghindari maksiat yang mengundang kemurkaan Allah

Isu-isu bulan ini

Erti Dosa Besar

Ulama mendefinisikan dosa besar sebagai: “Perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul- Nya dalam kitab, sunnah dan juga atsar daripada salafus solihin.” Sebahagian ulama mendefinisikan dosa besar sebagai: “Maksiat yang mewajibkan hukuman hudud.” Sebahagian ulama lain pula mentakrifkannya sebagai dosa yang disertakan amaran azab pedih.

Kemusykilan Tentang Dosa Besar

Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bersilang, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu suatu penghinaan untuk mereka di dunia. Di akhirat, mereka mendapat seksaan yang besar.” (Surah al- Ma’idah: 33)

Bangkit Daripada Dosa

Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir &an Iqtiraf al-Kaba’ir mengkategorikan dosa- dosa besar kepada sekurang-kurangnya dua jenis: Dosa besar hati dan dosa besar anggota badan. Menurut sebahagian ulama, dosa besar hati lebih besar daripada dosa-dosa besar yang dilakukan anggota badan. Ini disebabkan besarnya keburukan dosa-dosa tersebut, serta kesannya yang besar dan bentuknya yang berpanjangan. Beliau menyenaraikan lebih daripada 60 jenis dosa-dosa besar dalam kategori ini.

Perspektif Mukmin

Ibn Hajar al-Haitami menukilkan pandangan para ilmuwan yang menganggap tiada istilah dosa kecil dan dosa besar. Menurut mereka, semua dosa adalah besar! Ini kerana perbuatan maksiat yang dilakukan adalah maksiat (kederhakaan) kepada Tuhan sekalian alam, yang Maha Suci, Mulia lagi Berkuasa.

Review/Pertanyaan Majalah