Polemik Rumah Tangga

Nombor Isu:

57

Tarikh Terbit:

Jan, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Permasalahan perkahwinan dan rumah tangga adalah isu fiqah yang sangat penting diketahui oleh masyarakat. Ini kerana masalah-masalah fiqah dalam kehidupan berumah tangga sentiasa segar dibicara dan dibincangkan.

Kali ini, al-Ustaz tampil menjawab persoalan-persoalan yang terbuku dan terlintas di minda masyarakat yang benar-benar perlukan jawapan, panduan dan solusi terbaik berpandukan khazanah fiqah Islam yang lengkap ini.

Mudah-mudahan kehadiran kupasan terbaharu ini dapat menampung keperluan masyarakat sekali gus membantu merungkai kemusykilan yang berlegar seputar isu ini.

Isu-isu bulan ini

Memasuki Dunia Rumah Tangga

Dalam mazhab al-Syafii, hukum berkahwin adalah harus kerana ia bersifat menunaikan syahwat. Namun, pandangan majoriti ulama seperti Maliki dan Hanafi bercanggah dengan mazhab Syafii yang menyatakan ia sunnah kerana hadis sahih ada menerangkan hal demikian. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah mentarjih pandangan majoriti ulama kerana ia lebih kuat dari sudut dalil.

Hukum-Hukum Perceraian

Dari segi syarak, perceraian bererti merungkai ikatan nikah dengan lafaz dan syarat-syarat khusus. Terdapat dua pendapat ulama berkenaan hukum perceraian. Sebahagiannya menyata- kan harus dan sebahagian yang lain menyatakannya haram. Tetapi yang pasti, pen- ceraian adalah sesuatu tidak baik melainkan terdapat sebab munasabah.

Merungkai Kemusykilan Idah

Idah bermaksud penantian seseorang wanita dalam satu tempoh kerana kematian suami atau bercerai dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Idah adalah satu konsep hukum yang menjadikan wanita terpelihara daripada sifat- sifat yang tidak elok bahkan ia merupakan satu proses pembersihan wanita daripada suami yang lama.

Hukum Kahwin Bawah Umur

Mengikut pandangan majoriti ulama termasuk mazhab Syafii, ia sah. Namun, pandangan ini dari aspek fiqah. Manakala dari aspek fatwa dan perundangan, kita dapati perkahwinan bawah umur ini tidak membawa kepada tujuan untuk merealisasikan maqasid syariah dalam perkahwinan seperti yang diinginkan oleh al-Quran dan sunnah iaitu mawaddah wa rahmah. Hal ini kerana kanak-kanak belum mampu untuk berbuat demikian.

Review/Pertanyaan Majalah