Siapa Jiranmu?

Nombor Isu:

59

Tarikh Terbit:

Mar, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, ahli keluarga Baginda dan para sahabat.

Pemantapan masyarakat adalah satu tuntutan syariah islamiah yang menginginkan umat Islam agar sentiasa berada dalam keamanan dan rahmat Allah. Masyarakat Muslim yang bercirikan ubudiyah, berakhlak dan didasari perundangan menjadi satu-satunya contoh kepada masyarakat lain iaitu masyarakat yang menginginkan kebaikan kepada semua orang tanpa mengira batasan bangsa, kaum mahupun agama. Maka antara rukun utama keutuhan masyarakat adalah keutuhan sistem kejiranan.

Isu kejiranan yang dibicarakan di dalam al-Quran dan sunah merupakan isu yang perlu dibahaskan dengan harmoni. Persoalan atau huraian mengenai kewajipan dan hak perlu dibangunkan agar keamanan, kasih sayang dan keadilan dapat dirasai semua.

Islam begitu prihatin dan sentiasa mengambil berat terhadap jiran sehinggakan menganggap berbakti kepada jiran adalah satu kelebihan yang bersifat fardu. Alhamdulillah, kali ini Al- Ustaz tampil sekali lagi untuk membantu Muslim di luar sana dan pembaca sekalian untuk menyelesaikan konflik-konflik berkaitan kejiranan yang berlegar dalam masyarakat kita hari ini berdasarkan panduan syariah.

Mudah-mudahan Allah merahmati kita dalam usaha mencari keredaan-Nya ini. Ayuh sama-sama mengutip butiran ilmu.

Isu-isu bulan ini

Kenali Jiran Kita

Jiran yang sebenarnya adalah mereka yang berhampiran dengan rumah kita. Daripada aspek uruf (adat kebiasaan) menyatakan mereka adalah jiran. Memuliakan jiran adalah sebahagian daripada tanda iman yang sahih. Cuma peletakan 40 buah rumah itu tidak terdapat dalil yang jelas dan sahih daripada al-Quran dan sunah.

Remeh-temeh Tentang Jiran

Dalam Islam, isu kejiranan ini dianggap sebagai isu kemanusian. Ini bermaksud, untuk melakukan kebaikan kepada jiran, mereka tidak disyaratkan Islam. Kita tetap perlu berbuat baik kepada jiran walaupun mereka bukan Islam. Nabi bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah jirannya.” (Riwayat al-Bukhari).

Asam Garam Bertetangga

Tidak salah mengambil tahu hal jiran dalam perkara- perkara yang tidak mengganggu pihak jiran dan gunakanlah bahasa yang baik. Usahakan untuk berbuat baik dengan jiran secara berterusan tanpa jemu.Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari menyebutkan: “Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi.” Bahkan Nabi juga menghuraikan makna menolong sahabat yang zalim tersebut adalah dengan mencegah kezalimannya.

Stail Kejiranan di Syurga

Kehidupan di dunia ini penting kerana adanya kehidupan di akhirat kelak. Setiap yang kita usahakan dan tempuhi sepanjang perjalanan kehidupan hari ini akan mencorak kehidupan kita di perhentian terakhir nanti. Di dunia lagi, kita tidak betah hidup sendirian. Kehidupan ini saling memerlukan, saling berkaitan. Hakikatnya, begitu juga kehidupan di syurga kelak. Sentiasa bersama-sama. Inilah kesesuaian sifat manusia di dunia yang tidak mengasingkan diri sebaliknya saling membantu dalam kebaikan.

Review/Pertanyaan Majalah