Fiqah Jenayah

Nombor Isu:

60

Tarikh Terbit:

Apr, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala pujian bagi Allah yang menjadikan syariah-Nya sebagai rahmat untuk sekalian alam. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi, para ahli keluarga dan juga para sahabat.

Jenayah merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh merosakkan agama, nyawa, kehormatan, akal dan harta. Jenayah adalah perbuatan dosa besar dan dosanya akan berganda apabila bertambah kerosakan.

Kes jenayah di Malaysia amat membimbangkan sekali gus menuntut semua pihak mengambil berat tentang isu ini dan berusaha mencari solusi mengikut kemampuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Oleh yang demikian, majalah al-Ustaz sedar dengan peranan yang ada perlu untuk menyumbang idea dan pengetahuan
bagi menerangkan jenayah dan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas jenayah berdasarkan panduan Fiqh Islami yang merupakan sistem tulen umat Islam.

Kita meyakini bahawa tidak ada sistem manusia yang mampu mengatasi segala kes jenayah yang ada di muka bumi melainkan kembali kepada Islam. Iaitu melalui sistem fiqh yang menjadi khazanah bernilai kepada umat yang mulia ini.

Mudah-mudahan kemunculan Al-Ustaz kali ini dapat me- nyumbang kefahaman, kesedaran dan kemantapan umat Islam terhadap isu-isu jenayah dan hukuman-hukuman yang berkaitan dengannya.

Isu-isu bulan ini

Islam Memang Tangani Jenayah

Jarimah lebih luas daripada jenayah yang menunjukkan jarimah mengandungi semua jenayah dan tindakan yang salah seperti zina, mencuri dan lain-lain. Adapun jenayah tertumpu kepada aspek tindakan atau jenayah ke atas tubuh badan dan harta.

Malangnya Berstatus Penzalim

Tidak perlu melihat orang lain kerana barangkali kita sendiri sudah pun termasuk. Individu ini bukan sahaja menzalimi orang lain bahkan hakikatnya menzalimi diri sendiri. Merekalah individu yang berperilaku atau bertindak di luar batasan manusiawi bahkan menyimpang daripada kebenaran. Ruginya individu ini, bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi. Mari kita renungkan bersama-sama beberapa ancaman Allah dan juga kekasih-Nya mengenai ini.

Menjadi Muslim Yang Mukmin

Keimanan seorang Muslim boleh dilihat secara lahir melalui pembangunan amal ibadahnya. Itulah manifestasi diri iaitu sejauh mana kita menjalankan hukum-hukum Allah. Mukmin itu mengikrarkan kebenaran Islam dengan lidah, membenarkan yang diikrarkan dengan hati dan mengamalkan segala yang dipercayai dan diikrarkan secara bersungguh-sungguh dan berkesinambungan.

Memahami Kes Jenayah & Salah Laku

Hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan dan ia adalah hak Allah. Ia bermaksud sesuatu hukuman yang tidak menerima perubahan walaupun berlaku perubahan zaman, kawasan dan budaya. Contohnya seperti hukuman 100 kali sebatan ke atas penzina. Hukuman sebatan ini tidak boleh diubah atau dikurangkan kerana ia telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran.

Review/Pertanyaan Majalah