Merungkai Fenomena "Jual" Agama

Nombor Isu:

61

Tarikh Terbit:

May, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad, keluarga Baginda dan para sahabat.

Sesungguhnya menyampaikan risalah agama ini adalah satu perkara yang berat.

Ucapan yang berat ini perlu dibawa dengan amanah tanpa terdapat penyelewengan dan perubahan atau niat yang tidak baik terhadap agama. Ini penting agar agama yang mulia ini dapat disampaikan dengan jujur sepertimana yang diinginkan oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya kita pada zaman hari ini diuji dengan penjualan agama yang boleh merosakkan agama yang mulia. Kefahaman terhadap pengertian jual agama juga perlu difahami agar tidak semua perkara dituduh dengan label menjual agama sehingga memudaratkan agama itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa salah faham dan kejahilan terhadap sesuatu perkara adalah punca kepada kemunduran kita. Maka Al-Ustaz dengan rasa bertanggungjawab ingin membahaskan isu ini dengan tuntas dan jelas agar isu ini dapat difahami dengan baik dan tepat.

Tujuan dan keinginan kami adalah untuk menyebarkan kefaha- man Islam yang betul iaitu yang berdiri di atas jalan wasatiyah yang tidak melampau dan tidak terlampau bebas.

Mudah-mudahan dengan terbitnya isu kali ini khasnya dan majalah Al-Ustaz secara umumnya, kami telah berusaha me- laksanakan sebahagian daripada tanggungjawab kepada masyarakat. Allahuma amin.

Isu-isu bulan ini

Maksud Jual Agama

Allah berfirman: “Dan berimanlah kamu kepada perkara yang Aku turunkan (al-Quran) yang me- ngesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir, dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat-Ku membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya, dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah 2: 41)

Eksploitasi Agama

Hukum menjual barangan yang berkualiti dan sabit nisbahnya kepada amalan yang dilakukan Nabi tidak mengapa. Jika ia merupakan produk makanan, ia me- merlukan cara pemakanan yang betul agar mengikut kaedah yang betul. Cuma perkara yang menjadi kerisauan apabila makanan yang bukan sunah dijenamakan kepada makanan sunah.

Kekeliruan Agama & Perkhidmatan

Sebenarnya memang asas kepada ceramah atau dakwah ini tidak menuntut apa-apa bayaran. Tetapi uruf (custom) yang ada sekarang tidak menolak konsep ini sebagai salah satu ganjaran kepada penceramah. Daripada aspek akad yang dilakukan dalam akad ceramah ini, ia boleh dibuat dalam dua bentuk berikut iaitu akad ijarah (sewa)dan akad ju‘alah.

Jawab Bersin Ketika Solat?

Daripada Zaid bin Arqam, beliau berkata: “Sebelum ini kami bercakap-cakap dalam solat. Seorang lelaki bercakap dengan kawannya di sebelah ketika solat sehingga turun ayat 138 surah al- Baqarah. Lalu, kami diarahkan untuk diam dan ditegah untuk berkata- kata.” (Riwayat Muslim)

Review/Pertanyaan Majalah