Kosmetik Patuh Syariah

Nombor Isu:

63

Tarikh Terbit:

Jul, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan yang mencipta makhluk sebagai sebaik-baik penciptaan. Selawat dan salam ke atas seindah-indah makhluk iaitu Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah di alam ini. Menjaga dan memelihara kecantikan dan keaslian insan dituntut syarak selagi tidak membawa kepada pengubahan ciptaan Allah yang menafikan ciptaan-Nya yang sesuai pada tubuh insan.

Hari ini dengan segala kecanggihan, terdapat pelbagai tawaran kecantikan diberikan kepada masyarakat iaitu bermula dengan suntikan sehingga proses pembedahan kecantikan. Pastinya, segala aspek ini memerlukan panduan dan jawapan daripada syarak.

Maka Al-Ustaz kali ini menggalas sebahagian tanggungjawab untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dengan mengemukakan pelbagai pandangan ulama dahulu dan kini. Hal ini penting bagi menjadi panduan kepada umat Islam agar sentiasa berada bawah naungan syariah.

Al-Ustaz berusaha bersama-sama masyarakat menyebarkan usaha murni untuk mencapai reda Allah di dunia dan akhirat. Sekiranya terdapat kesalahan, maka sudah pasti daripada kelemahan kami dan sekiranya tepat, pasti segalanya daripada Allah. Majulah kehidupan dengan patuh syariah!

Isu-isu bulan ini

Halal Haram Kecantikan

Kecantikan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut dalam agama dan hukumnya berada dalam kitaran wajib atau sunat. Bahkan di sebalik falsafah dan pen- syariatan Islam itu sendiri terkandungnya penekanan khusus berkenaan kecantikan.

Perapian Rambut Dan Bulu

Hukum asal menjaga rambut ialah sunat kerana rambut merupakan anugerah Allah yang bernilai bagi setiap insan. Bahkan Rasulullah menyuruh umatnya supaya menyimpan, menjaga dan merapikan rambut. Hal ini kerana apabila seseorang manusia menjaga penampilan luarannya, nescaya dia akan lebih mudah didekati manusia lain.

Sijil Halal Fesyen

Asasnya, Islam tidak menghalang fitrah manusia yang mahu kelihatan cantik. Bahkan ada ketikanya, berhias sangat digalakkan seperti si isteri yang tampil cantik hanya untuk suami di rumah.

Kosmetik Mesra Wuduk

Berdasarkan kajian dan pemerhatian, produk kosmetik mesra wuduk ialah produk yang mudah dihilangkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit. Walau bagaimanapun produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk oleh syarikat tertentu tidak menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit.

Review/Pertanyaan Majalah