Fiqah Keluarga 69

Nombor Isu:

64

Tarikh Terbit:

Aug, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, para sahabat dan ahli keluarga.

Fiqah kekeluargaan merupakan perbincangan yang bersifat asas dalam syariat yang melihatkan keluarga dianggap sebagai tulang belakang masyarakat dalam Islam. Maka perbincangan mengenainya sudah pasti tidak akan pernah terhenti.

Kali ini, Al-Ustaz meneroka dan membawakan sebuah lagi isu menarik berkenaan dengan kekeluargaan. Kami mengambil ilham dan inspirasi daripada filem Keluarga 69 yang digarap baik oleh seniman negara kita iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kami cuba merungkai beberapa perkara penting seperti status perkahwinan sesama kaum kerabat terdekat yang sedikit-sebanyak mengelirukan masyarakat hari ini.

Semoga setiap kekeliruan tersebut dapat dileraikan ber- dasarkan jawapan yang tepat dan beramanah berpandukan kepada fiqah Islam.

Mudah-mudahan terbitan siri kali ini mampu memberi pencerahan yang baik kepada masyarakat Islam Malaysia. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Isu-isu bulan ini

Mahram Dalam Perkahwinan

Secara asasnya, perkahwinan adalah satu akad yang menghalalkan persetubuhan antara suami dengan isteri. Perkahwinan juga merupakan suatu institusi yang melihatkan terbinanya kasih sayang yang utuh dan hubungan yang kukuh antara suami, isteri, anak-anak dan keseluruhan ahli keluarga.

Hukum Berkahwin

Hukum berkahwin adalah harus berdasarkan pandangan fuqaha yang bermazhab Syafi‘i. Hal ini kerana mereka berpandangan bahawa melalui perkahwinan, seseorang manusia dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke lembah yang hina.

Remeh-Temeh Perkahwinan

Secara asasnya, penceraian melalui perantaraan seperti yang berlaku di alam maya adalah bersifat kinayah. Maka ia mengambil hukum kinayah iaitu perlu me- mastikan semula tujuan dan niat sebenar si suami ketika menceraikan isterinya sama ada melalui tulisan mesej dan seumpamanya.

Bahana Tidak Daftar Nikah!

Umum mengetahui bahawa anak zina ialah anak yang lahir daripada hubungan tanpa pernikahan yang sah menurut syariat. Anak zina tidak boleh digelar sebagai anak haram, najis dan panggilan buruk yang lain kerana mereka tetap suci dan tidak berdosa.

Review/Pertanyaan Majalah