Tiada Lagi Dera

Nombor Isu:

65

Tarikh Terbit:

Sep, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi, ahli keluarga Baginda dan para sahabat.

Isu berkaitan permasalahan umat merupakan isu-isu utama yang sering diangkat dan dibahaskan dalam Al-Ustaz. Kami sedaya-upaya merungkai permasalahan ini dengan menjawab dan mengemukakan pandangan mengenai setiap kemusykilan yang berlaku.

Akhir-akhir ini, buli dan keganasan menjadi topik yang sering diperkatakan bahkan hakikatnya merupakan antara isu yang berat bagi umat Islam. Pastinya, ia memerlukan kepada perbincangan dan penyelesaian kerana melibatkan maslahah dan keselamatan umat Islam.

Perlu kita akui bahawa keganasan dan buli menjadi pe- tanda yang tidak baik bagi umat wasatiyah yang sepatutnya berdiri di atas lambang keamanan dan sejahtera.

Kes-kes yang berlaku hari ini menuntut kita untuk mencari penyelesaian segera agar ia tidak menjadi lebih parah. Mudah-mudahan Allah mengembalikan kita kepada kebaikan dan keamanan.

Isu-isu bulan ini

Huku-hakam Kegananasan Buli

Buli merupakan jenayah yang diharamkan dalam Islam. Hal ini kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu bentuk kezaliman malah meninggalkan kesan negatif kepada mangsa tidak kira dari sudut fizikal, mental ataupun spiritual.

Penderaan Mental Realiti & Solusi

Sebagaimana syarak melarang buli atau penderaan secara fizikal, begitu jugalah larangan terhadap penderaan mental. Malah, perlakuan tersebut termasuk dalam dosa-dosa besar bahkan pelakunya diancam dengan azab yang sangat pedih.

Krisis Timur Tengah : Kewajipan Muslim

Peranan yang seharusnya diambil oleh umat Islam seandainya berhadapan dengan kes sebegini adalah mendesak kepimpinan negara Islam supaya kembali berganding bahu dan bersatu padu dengan negara Islam yang lain.

Anakku Mangsa Buli

Buli merupakan jenayah yang boleh diumpamakan seperti merompak dan membunuh. Jika merompak dan membunuh boleh mengakibatkan kematian, pengam- bilan hak secara zalim dan pencabu- lan kehormatan ke atas seseorang juga menjurus ke arah yang sama.