Hukum Hakam Kenduri & Keraian

Nombor Isu:

66

Tarikh Terbit:

Oct, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Sesungguhnya fiqh Islam tidak pernah sunyi daripada membincangkan pelbagai hukum-hakam yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Hal ini penting agar manusia yang juga seorang hamba dan khalifah dapat melaksanakan apa-apa yang diinginkan oleh Allah dan Rasul-Nya mengikut landasan yang tepat.

Hakikatnya, kegembiraan dan perayaan yang diraikan oleh seorang Muslim juga tidak terlepas daripada membicarakan tentang fiqh Islami agar kesemua sambutan yang diraikan tidak tersasar daripada landasan syariah.

Atas prinsip ini, Al-Ustaz terus meneroka kehidupan masyarakat Malaysia dan menyelami ke setiap pelosok perkara agar kami mampu melaksanakan tuntutan “liyunziru qaumahum” sepertimana yang disebutkan dalam surah al- Baqarah.

Maka dengan kemunculan isu 66 kali ini yang mem- bahaskan mengenai fiqh kenduri, mudahan-mudahan naskhah ilmu ini mampu memberi pencerahan kepada para pembaca yang dahagakan ilmu syariah seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam pentas kehidupan. Sebar- sebarkan manfaat majalah dakwah yang padat dengan soal jawab agama ini.

Editorial Al-Ustaz mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan salam Hari Malaysia!

Isu-isu bulan ini

Sambutan Perayaan

Secara asasnya, hukum mengadakan kenduri atau sambutan bersempena perayaan atau apa-apa keraian adalah harus. Hal ini kerana perkara ini merupakan adat resam dan tatacara yang sedia difahami dan diterima umum dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, selagi tiada tegahan dan sebarang unsur yang diharamkan oleh syariat, maka hukumnya adalah harus dan boleh untuk diamalkan.

Amalan Masyarakat Malaysia

Budaya salam bersampul diertikan sebagai sumbangan yang diberikan oleh tetamu kepada tuan rumah ketika bersalam. Hakikatnya, budaya sebegini baik dan seharusnya diteruskan. Di samping memperoleh pahala atas pemberian tersebut, amalan ini pasti turut menyemai kasih sayang antara kedua-dua pihak.

Puasa Asyura: "Sunah" Yahudi?

Kebanyakan Muslim akan berpuasa pada hari kesembilan dan ke-10 Muharam sempena hari Asyura. Persoalannya, adakah terdapat ganjaran tertentu bagi yang berpuasa pada hari tersebut?

Hukum Menghadiri Majlis Non-Muslim

Kenalan saya yang beragama Kristian menjemput saya seke- luarga ke majlis perkahwinan adiknya. Bolehkah menghadirinya memandangkan kami berbeza agama dan kepercayaan?

Review/Pertanyaan Majalah