Lagi Lagi Kontroversi

Nombor Isu:

67

Tarikh Terbit:

Nov, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita; Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda dan para sahabat.

Sesungguhnya kehidupan yang mencabar ini menuntut kepada gerakan fiqh yang berselari dengan cabaran tersebut. Setiap zaman mempunyai penggerak-penggerak fiqh yang sentiasa berinteraksi dengan manusia agar mereka sentiasa di bawah payungan syariah seterusnya mendapat keredaan Allah.

Kelalaian para fuqaha boleh mengakibatkan ramai masyarakat lari daripada kehidupan bersyariat dan masyarakat menjadi terumbang-ambing dan akhirnya menatijahkan masyarakat Muslim yang menyimpang jauh daripada kehidupan Islam.

Maka Al-Ustaz menerusi isu kali ini ingin mengutarakan hukum-hakam yang berkaitan dengan kontroversi juga kes-kes yang bersifat kontroversi agar dapat memberi pencerahan kepada masyarakat bahawa hakikatnya fiqh itu hidup dan berkembang selagi wujudnya zaman dan insan.

Isu-isu bulan ini

´┐╝Kontroversi : Positif Atau Negatif

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kontroversi didefinisikan sebagai pertentangan, perselisihan atau pertelingkahan pendapat dan seumpamanya yang kebiasaannya berlarutan antara beberapa pihak yang tertentu

Meraih Populariti

Tidak dinafikan, segelintir golongan dalam masyarakat berpandangan bahawa kontroversi adalah langkah paling berkesan dalam meraih populariti dan dikenali umum atas sebab dan tujuan yang tertentu.

Azab Neraka Bukan Cerita Dongeng

Mungkin ada yang berkata: “Apa salahnya, benda baik. Lagi- pun kami hanya bergurau.”  Usahlah bermain api dengan cuba memfiksyenkan atau menjadikan perkara ghaib sebagai bahan lawak. Tazkirah kreatif atau gurauan murah atas nama peringatan mungkin menjadi cemeti api neraka yang menyebat diri di akhirat kelak.

Jauhi Tiga Golongan

Tinggalkan orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka yang tertipu dengan kehidupan dunia.” Ayat ini merupakan arahan kepada Muslim untuk menjauhi tiga golongan yang dinyatakan.

Review/Pertanyaan Majalah