Pengurusan Jenazah

Nombor Isu:

68

Tarikh Terbit:

Dec, 2017

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menjadikan hidup dan mati sebagai kemuliaan kepada Muslim. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia, para sahabat dan ahli keluarga Baginda.

Apabila menyentuh mengenai fiqh islami, perbincangannya bersifat luas. Perbincangan tentang alam janin misalnya telah dibahaskan oleh para ulama, begitu juga dengan kematian.

Hakikatnya, perbincangan berkenaan kematian adalah se- bahagian daripada fiqh yang besar iaitu melibatkan penentuan kematian, pengurusan jenazah sehinggalah kepada isu yang melibatkan pembongkaran kubur si mati.

Maka Al-Ustaz sekali lagi membincangkan tentang fiqh pengurusan jenazah moden untuk mengutarakan isu-isu baharu dalam pengurusan jenazah supaya masyarakat lebih memahami dan tidak pula sibuk atau disibukkan dengan perkara yang lama.

Semoga isu Al-Ustaz kali ini dapat membuka minda dan fikiran pembaca sekali gus menyelesaikan masalah atau kemusykilan yang dihadapi.

Teruskan bersama Al-Ustaz untuk memperoleh maklumat yang sahih dan terkini.

Isu-isu bulan ini

Fiqah Jenazah Kontemporari

Tatkala kita membincangkan soal fiqah mengurus jenazah, asasnya adalah sama sahaja sebagaimana yang telah diketahui. Namun perbincangan kali ini khusus menjurus ke arah pengurusan jenazah kontemporari yang semestinya akan menyentuh berkenaan realiti dan keadaan jenazah pada masa kini.

Merungkai Kekeliruan Isu-isu Kematian

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hukum asal bagi pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitikberatkan kemuliaan manusia tidak kira mereka masih hidup ataupun setelah meninggal dunia. Malahan terdapat banyak nas al­Quran dan hadis yang menjelaskan perkara sebegini seperti larangan menyakiti mayat dan sebagainya.

Tetap 'Hidup' Walaupun Mati!

Ada sebahagian individu yang sudah lama me- ninggalkan dunia yang fana ini, namun nama mereka terus menjadi sebutan umat sepanjang zaman. Inilah antara keajaiban ciptaan Allah yang mampu menghidupkan nama manusia menerusi legasi yang dilakarkan.

Andainya Aku Mati Dalam Ihram

Setiap kali musim haji, kita pasti akan terdengar berita berkenaan jemaah haji yang meninggal dunia sama ada kerana sakit, rempuhan di Mina dan seumpamanya. Malah tidak kurang juga yang mati dalam keadaan ihram.Apakah ada kelebihan tertentu bagi mereka yang meninggal dunia dalam keadaan seperti ini?

Review/Pertanyaan Majalah