Fatwa Siapa Yang Betul

Nombor Isu:

69

Tarikh Terbit:

Jan, 2018

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Fatwa adalah tugas dan perintah Allah sepertimana yang kita baca dan temui di dalam al Quran. Kemudian ia menjadi tugas rasmi Rasulullah sepanjang kehidupan Baginda sehinggalah
ke penghujung hayat insan mulia ini. Kemudiannya fatwa berpindah kepada para sahabat. Dalam kalangan sahabat

pula, terdapat sahabat yang dikategorikan sebagai banyak mengeluarkan fatwa, ada yang bersederhana dan ada juga yang sedikit mengeluarkan fatwa.

Bagi mereka, fatwa merupakan tanggungjawab besar yang diamanahkan ke atas individu yang mempunyai ilmu dan kejujuran. Maka fatwa pada zaman mereka menjadi rujukan dan solusi dalam kehidupan yang dijalani.

Seterusnya fatwa berpindah pula kepada zaman tabiin sehinggalah ke zaman kita. Fatwa sentiasa hidup agar umat Islam dapat berjalan di atas payungan syarak bahkan tidak terbabas daripada jalan yang lurus.

Namun pada hari ini terdapat golongan yang tidak mempunyai kekuatan ilmu untuk berfatwa tetapi mengeluarkan fatwa. Begitu juga yang mengeluarkan fatwa tanpa kaedah yang betul lalu menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

Maka untuk edisi kali ini, majalah Al-Ustaz muncul untuk menerangkan mengenai fatwa dan hakikatnya serta perkara- perkara yang berkaitan seperti mazhab dan sebagainya
agar masyarakat mendapat pencerahan yang jelas. Selamat membaca!

Isu-isu bulan ini

Fatwa : Konsep & Pengenalannya

“Fatwa ialah keputusan tentang sesuatu hukum agama yang belum pernah diputuskan lagi berdasarkan nas­nas al­Quran, hadis dan sumber hukum lain, termasuklah ijtihad oleh mufti atau mereka yang berwenang atau berhak tentang keputusan hukum syarak.”

Fatwa 'On Air'

Menurut pandangan Prof. Dr. Yusuf al­ Qaradhawi dalam karyanya; Thaqafah al­ Da‘iyah: “Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam suatu kampung yang berlainan mazhab pegangan dengannya, maka berilah jawapan hukum mengikut mazhab penduduk tersebut.”

Dobi Mesra Muslim

Isu ‘Dobi Mesra Muslim’ menjadi topik hangat beberapa bulan sebelum ini disebabkan sebuah dobi di negeri Johor yang meletakkan iklan ‘Mesra Muslim’ di hadapan kedai dobinya bahkan hanya menerima pelanggan Islam.

Fatwa: Wajibkah Diikuti?

Asasnya, fatwa yang telah diputuskan bukan sesuatu yang bersifat mulzim iaitu wajib diikut dan dipatuhi. Bahkan hukumnya tidak sama statusnya dengan al- qada’ iaitu keputusan yang telah dikeluarkan oleh hakim di mahka- mah yang sememangnya wajib dipatuhi.

Review/Pertanyaan Majalah