Fiqah Maskulin

Nombor Isu:

70

Tarikh Terbit:

Feb, 2018

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Tidak dinafikan, kehidupan yang serba moden hari ini menuntut kepada berlakunya perkembangan dan penghuraian fiqh yang lebih meluas dan mendalam agar fiqh lebih mudah difahami dan diaplikasi.

Antara roh tajdid adalah para ilmuan memudahkan bahasan fiqh kepada masyarakat awam dari sudut kefahaman dan pelaksanaan. Hal ini kerana setiap zaman mempunyai bahasa dan pendekatan yang tersendiri.

Memberatkan bahasa dalam menyampaikan ilmu akan menyebabkan masyarakat berasa terbeban untuk memahaminya. Hal ini sekali gus mengakibatkan mereka tidak mampu melaksanakan segala tuntutan dengan baik.

Justeru, al-Ustaz dengan pendekatan sedemikian sekali lagi membincangkan isu yang bersifat khusus iaitu Fiqah Maskulin. Istilah ini mungkin tidak digunakan oleh masyarakat atau generasi terdahulu, namun mula digunakan secara meluas dewasa ini. Maka tidak dapat tidak ia memberi impak yang besar dalam dunia fiqh Islam.

Segala kemusykilan dan kekusutan tentang isu maskulin, insya- Allah al-Ustaz bangun menyelesaikannya dalam isu kali ini. Alhamdulillah, segala-galanya adalah dengan izin dan taufik daripada-Nya.

Ayuh, sebar-sebarkan manfaat majalah hukum-hakam agama ini kepada orang ramai.

Isu-isu bulan ini

Isu-isu Maskulin : Hukum & Penjelasan

Pada dasarnya, hukum seorang lelaki men­ jaga diri dan imejnya adalah harus bahkan ia dituntut syarak sekiranya tindakan tersebut mem­beri pengaruh dan persepsi yang baik dan positif kepada masyarakat.

7 Cara Penjagaan Diri Ala-ala Nabi

Baginda sentiasa bersih, apatah lagi ketika menuju solat. Bahkan mandi pada hari Jumaat dan melakukan sunah­sunah lain pada hari tersebut sangat disukai oleh Nabi.

Hukum-hakam Perapian Rambut & Bulu

Sebahagian ulama melarang mencukur rambut kecuali pada orang yang mengerjakan haji dan umrah. Hal ini kerana Nabi tidak pernah mencukur rambutnya kecuali ketika haji dan umrah. Berikut pandangan beberapa ulama.

Warna warni Pilihan Nabi

Ada yang mendakwa warna hijau ialah warna sunah. Begitu juga yang mengatakan warna putih dan sebilangan warna yang lain. Namun begitu, kebanyakan ulama dan para ilmuan berpendapat tiada warna khusus yang boleh diisytiharkan sebagai satu-satunya warna yang ‘paling’ sunah.

Review/Pertanyaan Majalah