Sah, Islam Pencinta Wanita

Nombor Isu:

71

Tarikh Terbit:

Mar, 2018

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Subhanallah. Sesungguhnya wanita sangat mulia dalam Islam hingga ada hadis yang menyebut mereka berpeluang masuk ke syurga Allah melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Hakikatnya, Islam mengangkat darjat wanita dengan memper- untukkan hak-hak kepada mereka. Begitu juga Islam mem- bebankan mereka dengan kewajipan bukanlah untuk mem- beratkan mereka, sebaliknya sebagai satu kemuliaan. Taklif adalah satu kemuliaan kerana ia mengiktiraf minda dan akal seseorang. Ulama menyatakan bahawa akal adalah asas kepada pentaklifan.

Namun begitu, tumbuh dan muncul pula kumpulan- kumpulan yang cuba merosakkan imej Islam dan meng- goncang syariat Islam. Maka natijahnya, sebahagian umat yang jahil dan cenderung mengikut hawa nafsu terpesona dengan diayah-diayah yang dibawa tersebut.

Mempertahankan Islam adalah satu kewajipan utama majalah al-Ustaz yang mempunyai keupayaan untuk menyebarkan risalah nur ini kepada masyarakat. Segala syubhah yang ditohmah ke atas Islam, insya-Allah kami berperanan besar untuk cuba membidas dan menjelaskannya kembali dengan jawapan ilmu dan hikmat. Mudah-mudahan setiap butir kalimah yang digarap dalam majalah ini dapat kembali mengajar orang yang jahil, memperingatkan orang yang alim seterusnya mengembalikan saudara-saudara kita yang terbabas.

Isu-isu bulan ini

Tingginya Taraf Wanita dalam Islam

Pada dasarnya, Islam melihat golongan suri rumah yang tidak bekerja kerana ingin me- numpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga adalah tugas yang sangat mulia. Malah, tugas mengurus rumah, mengasuh dan men- didik anak-anak khususnya adalah asas utama kepada pembentukan masyarakat dan negara yang cemerlang dan berjaya.

Islam Memang Memuliakan Wanita

Perlulah diketahui, kesamarataan hak dalam satu-satu perkara tidak semestinya menggambar- kan keadilan, bahkan tidak mustahil ia menambah- kan kemudaratan dalam kehidupan. Bayangkan sekiranya wanita diberi hak untuk mentalak suami, boleh jadi statistik kes talak semakin meningkat berbanding yang sedia ada.

Wanita Pun Boleh Iktikaf

Iktikaf dari sudut bahasa bermaksud melazimi sesuatu. Manakala dari sudut syarak pula, iktikaf didefinisikan sebagai perbuatan menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh individu tertentu dengan cara dan kaedah tertentu.

Salah Faham Tentang Wanita

Hadis tidak menyatakan baha- wa wanita masuk neraka kerana kewanitaan. Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Abbas, apabila para sahabat bertanya kepada Nabi tentang sebab kebanyakan wanita menjadi penghuni neraka, Nabi menjelaskan sebabnya ialah kerana kekufuran.

Review/Pertanyaan Majalah