Hukum Hakam Idah

Nombor Isu:

72

Tarikh Terbit:

Apr, 2018

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Tidak dinafikan, isu wanita adalah isu yang tiada nokhtah atau titik akhir daripada medan perbincangan dan ulasan. Sejak dahulu sehingga kini, perbahasan dan kemusykilan tentang hal-hal berkaitan wanita merupakan salah satu isu utama yang diangkat pada setiap zaman. Perbahasan ini termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan ibadat mereka sama ada dalam bentuk khusus mahupun umum. Idah adalah isu yang sangat penting dalam kehidupan se orang wanita yang kehilangan suami atau diceraikan hidup. Tempoh idah boleh dianggap sebagai ibadah dalam kehidu pan seseorang Muslimah. Walau bagaimanapun, hari ini kita dapat katakan bahawa masih ramai wanita yang tidak me mahami isu ini dengan baik bahkan tidak dapat melaksana kan tuntutan ini dengan sempurna apabila kematian suami atau diceraikan. Justeru, al-Ustaz sebagai satu medium menyebarkan risalah hukum Islam berasa bertanggungjawab untuk menerangkan hal-hal dan kemusykilan berkaitan isu ini. Mudah-mudahan mereka yang jahil dapat mempelajarinya sedikit sebanyak dan mereka yang alim juga dapat menambah dan memperkasa ilmu masing-masing.

Isu-isu bulan ini

Suami Meninggal Dunia

Menurut mazhab Syafi‘i, sekiranya perjalanan si isteri masih dikira hampir dengan rumahnya, maka wajib ke atasnya untuk kembali pulang kerana tiada bebanan dan masih berkemampuan untuk pulang ke rumah.

Realiti Masyarakat

Persoalan tentang idah perlu diperjelas dengan rinci sekali.Sebahagian masyarakat barangkali berpandangan bahawa wanita yang kematian suami langsung tidak dibolehkan keluar rumah walau untuk sebarang tujuan.

dalam idah cerai. Apa pandangan ustaz?

Kewangan bagi wanita adalah lebih terjamin berbanding lelaki. Wanita berhak menerima mas kahwin atau mahar ketika bernikah sedangkan suami tidak.

Idah Wanita yang Dibuang Rahim

Mesyuarat memutuskan bahawa tempoh idah wanita yang telah dibuang rahimnya adalah selama tiga bulan dengan mengambil kira kaedah wanita yang telah putus asa daripada kedatangan haid.