Hukum Hakam Najis

Nombor Isu:

74

Tarikh Terbit:

May, 2018

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Isu najis dan pembersihannya merupakan isu yang sangat penting untuk difahami oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Hal ini kerana najis merupakan penghalang paling utama dalam kesahan ibadat seseorang hamba terhadap Allah terutamanya solat. Dek kerana kekeliruan sebahagian besar masyarakat dalam soal ini, al-Ustaz berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini dengan padat dan ringkas.
Malah, isu-isu semasa yang berlaku mutakhir ini di sekeliling kita turut dikupas dan dibahas sedetilnya dalam misi memberi ilmu dan kefahaman yang sebaiknya untuk kebaikan segenap ahli masyarakat.
 

Isu-isu bulan ini

Basuhan tidak suci

Ini merupakan pandangan majoriti mazhab kecuali mazhab Hanafi. Bahkan Imam al-Nawawi ada menyatakan dalam al-Majmu‘ bahawa menurut Imam al-Syafi‘i, proses menghilangkan najis adalah tidak sah melainkan de ngan menggunakan air mutlak sahaja

Basuhan dianggap suci

Ini merupakan pandangan mazhab Hanafi. Menurut ulama mazhab ini, harus menghilangkan najis dengan menggunakan apa apa sahaja kaedah dan cecair, asalkan najis tersebut hilang tanpa meninggalkan kesan

Isu kencing tidak lawas dan istihadah

Beliau perlu mengambil wuduk apabila masuk waktu solat dan status ke sahannya hanyalah dalam beberapa tempoh sahaja

Abu Tulang Haiwan

Segala perhiasan atau per alatan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal dimakan ataupun haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut syarak adalah tidak diharuskan. Manakala abu tulang haiwan yang halal dimakan dan disembelih mengikut syarak pula adalah harus digunakan sama ada sebagai peralatan, perhiasan dan seumpamanya