Terus Kenal Suami

Nombor Isu:

2

Tarikh Terbit:

Jul, 2015

Jumlah Muka Surat:

84

Harga:

RM6.50

Sinopsis

Isteri Peneman Sebuah Perjalanan

Sedang kita dalam perjalanan di lebuhraya, tiba-tiba pergerakan kenderaan menjadi perlahan. Walaupun berjalan pemanduan. Rupa-rupanya di hadapan ada lori yang membawa muatan berat. Keluhan kecil dilepaskan tatkala melepasi lori tersebut. Kereta dapat dipecut lebih laju berbanding tadi. Lega.

Namun itu tidak lama, kita bertemu lagi dengan kesulitan di hadapan. Puncanya daripada kerja-kerja pembesaran jalan. Sekali lagi, kita memperlahankan kenderaan, sampailah laluan menaik taraf jalan tadi berakhir.

Begitulah analogi mudah sebuah perkahwinan. Pada awalnya mungkin nampak lancar. Yang ada hanya bibit-bibit manis percintaan.

Namun lama-kelamaan, apabila tanggungjawab semakin bertambah seiring dengan pembesaran keluarga, cinta yang dahulu subur teruji. Semakin dalam melalui perjalanan sebuah pernikahan, semakin kerap bertemu jurang yang dalam. Bukan sahaja di pertengahan bahkan sepanjang perjalanan.

Allah menciptakan isteri sebagai insan emosi yang boleh membawa hati suami sekali gus menentukan cuaca rumah tangga. Jika isteri berperanan dengan bijak dan baik, terutama dalam situasi yang sulit, tidak mengapa jika jalan pernikahan itu sukar. Itu bukan lagi penghalang tetapi menjadi satu pengalaman indah sepanjang perjalanan.

Justeru para isteri, untuk tujuan itu berkenalanlah dengan suamimu… setiap waktu. Ketahuilah bagaimana suami perlu disantuni dalam setiap situasi. Dia yang dahulu, bukan mesti dia yang sekarang. Banyak faktor yang merubah.Belajar untuk menerima perubahan suami di samping sentiasa memperbaiki diri. Jadi pendamping setia buatnya. Teman di dunia, bahkan teman dalam perjalanan menuju destinasi akhir – syurga yang hakiki!

Inilah destinasi isu kedua Demi Cinta. Kami ingin mengajak para isteri untuk terus berkenalan dengan suami tidak kira berapa pun angka usia perkahwinan yang sudah dibina. Pegang tangan suamimu dan katakan, “Mari kita bina syurga dunia ini bersama-sama.”

Nurul Amirah Abdul Rahim, Editor Demi Cinta

Isu-isu bulan ini

Terus Kenal Suamimu

Hati isteri yang ikhlas untuk konsisten berkenalan dengan watak suami akan sentiasa positif dengan perubahan- perubahan yang bakal berlaku dalam rumah tangga. 

Kesalahan Biasa Suami Isteri Yang Tidak Disukai Pasangan

Ini hanya sebahagian yang dapat kami senaraikan. Niat kami, jika kita ada kekurangan sebegitu, mari kita sama-sama perbaiki. Kami percaya, pembaca Demi Cinta dalam kalangan mereka yang baik- baik dan sedang berusaha untuk menjadi baik. Perbezaan adalah untuk diurus dan dirai. Justeru, hargai pasangan kita. 

Tip Menegur Suami

Suami ialah seorang yang paling rapat dengan isteri. Sudah tentu segala kekurangan suami dalam pengetahuan isteri. Apatah lagi mereka yang berpuluh tahun hidup berumah tangga. Walaupun begitu, tidak ada isteri yang suka apabila mendengar desas desus orang bercerita yang tidak disenangi tentang suaminya meskipun isteri mengakui akan kekurangan suaminya itu.

Apabila Kerana Cinta

Wanita dianggap sudah berjaya apabila selamat bergelar isteri pada hari pertama perkahwinannya lagi, iaitu apabila berkahwin kerana Allah dan berasa Allah sentiasa melihatnya.

Promo