Meluruskan Pemikiran Mencari Tuhan

Nombor Isu:

34

Tarikh Terbit:

May, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Dr. Antony Flew; seorang pakar rujuk ideologi aliran ateisme. Biarpun telah menghasilkan lebih 30 buah buku mempertahankan ideologi ini sejak muda, jiwanya rimas apabila gagal menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikirannya. Dirinya memberontak mencari jawapan. Sehinggalah Dr. Antony menjangkau usia 81 tahun, beliau masih tetap utuh mencari jawapan. Akhirnya, beliau mengagumi keunikan DNA yang menjadi kod penentu baka bagi kebanyakan organisma hidup. Malah, susunan DNA yang menakjubkan itu membuatkan beliau menyedari dan mengakui kewujudan pencipta yang menyusun dan merancang kejadian ini.

Beliau bersungguh-sungguh mencari kebenaran dari segala sudut. Ibarat pengembara yang tersesat di hutan, menggunakan segala apa yang ada untuk mencari jalan keluar. Sekali bertemu dengan petunjuk, dipegang erat-erat sehingga selamat. Begitulah Dr. Antony tatkala menemui jawapan, terus mengeyakan kebenaran tanpa segan.

Inilah pencari kebenaran sejati. Bukan awal-awal lagi sudah menidakkan agama kerana membencinya. Takut-takut itulah petunjuk kebenaran yang sebenar. Sebagai remaja, gali dan carilah sebanyak mungkin ilmu yang kita mahu. Gunakan segala apa yang ada untuk mencari jalan kebenaran.

Jangan dinafikan segala ‘petunjuk’. Kebenaran tetap akan berada di atas ‘jalan-Nya’. Sekali sudah menemuinya, anda pasti akan melalui jalan itu kembali kerana kebenaran sentiasa bersama dengan orang yang mencari kebenaran.

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman.

Isu-isu bulan ini

Bukan Kebetulan Tapi Bertujuan

Diriwayatkan daripada ibn umar, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “berfikirlah pada kekuasaan allah dan janganlah kamu berfikir pada (zat) allah.” (Riwayat al-tabarani)

Apakah Benar Islam Tidak Benar?

Remaja perlu lebih kreatif dan berani, sesuai dengan kebangkitan ‘gelombang ketiga’ - Third Wave. Era globalisasi meletakkan dunia seolah-olah sebuah ‘kampung’ tanpa sempadan pemikiran (borderless mind) yang menawarkan peluang yang melimpah-ruah, sekali gus ancaman-ancaman berbahaya. Penawar dan racun dalam era globalisasi perlu ditangani dengan berhati- hati selaras dengan prinsip amar makruf dan nahi mungkar.

Menemui Jalan Pulang

Dalam Islam dikatakan agam ini menjanjikan kedamaian dan keselamatan. Namun persoalannya, mengapa apabila seorang penganut agama lain memeluk Islam dibenarkan, sedangkan seorang Muslim yang ingin meniggalkan Islam digelar murtad n dihukum bunuh? Hal ini bertentangan dengan kedamaian dan keselamatan yang dicanangkan, bahkan seolah-olah mengongkong seseorang Muslim daripada berani bersuara, membangkang dan berfikir kerana akan dihukum bunuh. Bukankah ayat al-Quran ada menyebut tiada paksaan dalam Islam?