Gejet Racun Syawal?

Nombor Isu:

36

Tarikh Terbit:

Jul, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Tahukah apa tujuan pelaksanaan solat? Tahukah apa tujuan dikeluarkan zakat? Mesti tahu bukan? Solat didirikan agar menjadi tembok penghalang daripada maksiat. Manakala zakat dikeluarkan untukmenyucikan harta. Justeru, apa pula tujuan berpuasa? 

Tujuan berpuasa bukan lagi rahsia. Sudah terang lagi bersuluh Allah sudah memaklumkan tujuan pelaksanaannya. Ramadan itu bulan ibadah untuk memperkasakan takwa. Takwa yang diraih inilah akan menjadi bekal untuk meneruskan survival kehidupan yang seterusnya.

Allah s.w.t. berfirman: “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah 2: 183)

Namun, terlalu sedikit mereka yang menjadi graduate universiti Ramadan ini dipakaikan ‘jubah’ takwa pada bulan Syawal sebagai tanda kejayaan.

Apa tidaknya, mereka yang bertakwa ialah mereka yang dekat dengan Allah. Dan yang dekat dengan Allah itu pasti akan akrab dengan manusia. Dan yang akrab dengan manusia ialah mereka yang bersilaturahim. Namun, berapa ramai yang meraikan Syawal dengan bersilaturahim?

Andainya Syawal kita diracuni dengan gajet sehingga menjejaskan pembinaan silaturahim, berhati-hatilah. Sekiranya Syawal yang diraikan tidak menjadi bukti manifestasi takwa yang diperoleh semasa Ramadan, apa tandanya?

Itu tanda kegagalan kita memperoleh tarbiah Ramadan! Itu tanda ibadah puasa yang dilaksanakan dan Ramadan yang berlalu itu langsung tidak membuahkan takwa kepada kita.

Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita: “Kemungkinan orang berpuasa itu habuannya lapar sahaja.” (Riwayat al-Hakim)

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

5 Gajet AidilFitri

Assalamualaikum.ApakhabaradikAbangLong? Didoakan semoga sentiasa berkeadaan sihat dalam mengerjakan ibadah puasa.Warkah yang lepas, kita telah berkongsi tentang mujahadah dan kesungguhan menuntut ilmu. Boleh juga dipraktikkan kesungguhan tersebut dalam mengerjakan ibadah dan amalan lain.

Gejet: Biar Hanya di Mata

Remaja dan gajet yang serba canggih ibarat isi dengan kuku kerana memilikinya sudah dianggap keperluan dan bukan lagi pilihan. Kalaulah saya ditanya apakah dahulu semasa saya remaja tidak pula begitu, yakni memiliki gajet yang serba canggih.

Gajet: Serba Guna & Betul Guna

Hiburan dan perayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Apabila hari raya semakin hampir, siaran di televisyen berpusu-pusu memenuhi tentatif. Habis satu cerita, satu lagi pula cerita yang menarik.