"Al Quran" Bersamanya Baru Cool

Nombor Isu:

37

Tarikh Terbit:

Aug, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Betapa kerapnya diulangi suruhan supaya berfikir dan melihat. Betapa kerapnya diulangi seruan kepada golongan cerdik pandai (ulul Albab). Betapa kerapnya diulangi saranan agar bertaburan ke

seluruh pelosok dunia melihat kesan-kesan umat terdahulu. Mengapa begitu kerap sekali diulang-ulang perkataan yang sama?

Inilah al-Quran sebagai mukjizat abadi. Mukjizat yang
hanya boleh dinilai dan dirasai oleh mereka yang masih tajam akalnya untuk berfikir. Dan yang masih sihat jasadnya untuk mengembara. Siapakah mereka ini? Siapa lagi kalau bukan para pemuda!

Namun, berapa ramai pula pemuda yang sedar dan tahu bahawa al-Quran ini diturunkan untuk mereka? Berapa ramai pemuda yang sering berdamping bersama al-Quran? Berapa ramai pemuda yang sudah bersedia menyahut cabaran daripada al-Quran dan mula bertindak?

Sayangnya sering berlaku apabila al-Quran hanya dibaca dan didampingi oleh mereka yang sudah rabun matanya, nyanyuk fikirannya dan lemah sendi-sendi jasadnya. Mana mungkin al-Quran ini dapat dihayati dan diamalkan. Inilah realiti yang perit untuk ditelan. Sebab itulah umat ini tidak bangkit!

Wahai pemuda, bangkitlah! Kamu telah dibekalkan ‘manual’ ini. Kamu sudah diberikan model (Rasulullah) yang ‘melakonkan semula’ manual tersebut. Maka, tiada apa lagi yang perlu ditunggu. Laksanakan biarpun payah. Insya-Allah Allah akan membantu memudahkannya, yang penting kita sudah bergerak menghidupkan al-Quran.

Membaca al-Quran bukan sekadar memberi ilmu
kepada kita. Bahkan ia menjadi penyebab untuk kita dapat berbakti kepada ibu dan ayah di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya, Allah akan memakaikan kedua-dua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat.

Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di bumi.” (Riwayat Ahmad)

Justeru, alangkah ruginya pemuda yang jauh daripada al-Quran. Dia kehilangan sumber panduan yang

‘mencelikkannya’ meniti kehidupan. Oleh sebab itu wahai pemuda, dampingilah bersama al-Quran. Nescaya hidupmu akan selamat!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

Alquran My BFF

Assalamualaikum. Apa khabar adik Abang Long? Bagaimana agaknya sambutan Hari Lebaran kalian? Semoga ia dilakukan dengan penuh kesederhanaan dan ketaatan kepada Allah, amin. Masih ingat 5 gajet aidilfitri yang Abang Long kongsikan dalam isu yang lepas? Semoga adik sentiasa ‘membawa’ 5 gajet tersebut ke mana sahaja adik berada nanti ya.

Inilah Manual Hidupmu!

Betapa ramainya manusia yang mendekati al-Quran tetapi hakikatnya jauh daripada al-Quran. Dia membacanyadan khatam beberapa kali, namun tidak mampu menikmati ‘kelazatan’ dan petunjuk daripada al-Quran. Kononnya, membaca al-Quran demi mencari jawapan hidup dan ketenangan diri, tetapi akhirnya jawapan dan ketenangan yang dicari itu hanya ilusinya sahaja dek kerana kesilapannya sendiri memahami tujuan utama al-Quran diturunkan.

Membumikan al-Quran

Selalu kita mendengar kata orang. "Biar muka buruk asalkan hati cantik." Dalam erti kata yang lain, akhlak dan budi lebih dipandang orang berbanding sekadar memiliki rupa paras yang menawan.