Tanah Tumpah Darahku

Nombor Isu:

38

Tarikh Terbit:

Sep, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Merdeka ialah matlamat yang sangat signifikan dalam sejarah perjuangan dunia. Justeru Rasulullah dan para sahabat juga turut berjuang memerdekakan kota kelahiran mereka; Makkah

daripada dibelenggu kedunguan kepada ketaatan kepada Allah.

Hakikatnya merdeka itu bukanlah bererti kebebasan melakukan apa sahaja. Sehingga merosakkan diri dek kerana nafsu yang menggila. Bebas ‘menghadiahkan’ kehormatan diri sebagai hadiah kemerdekaan. Bebas mengorbankan nyawa kerana ‘berjuang’ merempit di kota raya. Kalau bebas, ini bukan maksud dan caranya.

Apa ertinya kemerdekaan andai diri masih terpenjara dengan kejahilan. Sebab itulah erti kemerdekaan terletak pada ketaatan. Ketaatan yang bukannya dilihat menjadi sekatan, tetapi di situlah adanya kawalan, kebahagiaan dan kejayaan dalam meniti kehidupan.

Manusia yang memilih kebebasan tanpa ketaatan kepada Allah umpama mengharapkan perlindungan dari sarang labah-labah. Luaran tampak gah, ironinya ia rapuh dan reput. Itulah yang akan berlaku sekiranya memilih kemaksiatan dan kejahilan sebagai kemerdekaan.

Selagi kita tidak memerdekakan jiwa, fikiran dan nafsu daripada kedunguan anasir-anasir ‘kuning’ yang dibawa oleh Barat, selagi itulah kita anak merdeka yang tidak merdeka.

Justeru, kemerdekaan yang hakiki itu apabila kita kembali kepada Allah sebagai tempat berpayung. Dengan itu
kita bukan sahaja dijanjikan kemerdekaan di dunia, tetapi juga kemerdekaan di akhirat. Menjadi hamba Allah yang sebenarnya itulah erti kemerdekaan yang sejati!

Ayuh remaja yang merdeka, merdekakanlah dirimu dan tanah tumpah darahmu!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

Saya Anak Merdeka

Assalamualaikum. Apa khabar adik Abang Long? Moga sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. Oh ya, sebelum abang terlupa, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-57. Abang yakin adik pasti bersemangat menyertai perbarisan kemerdekaan di sekolah. Paling tidak pun teruja mengibar bendera Malaysia. Atau sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan negara kita.

Merdekakah Kita Anak Merdeka?

Merdeka bukan sekadar soal negara bebas daripada cengkaman penjajah. Tetapi lebih pada soal diri. Maksud merdeka diri itu bukan dari segi pelajaran – asal tamat peperiksaan di sekolah mahupun tamat pembelajaran di universiti, kita merdeka daripada buku-buku, kuliah, tugasan dan peperiksaan. Tidak, bukan begitu.

Laungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dunia dikagumkan dengan kemunculan tentera al-Qassam saat Gaza dibedil oleh tetamu tidak diundang – Israel.Walaupun penubuhan briged Izzuddin al-Qassam sejak tahun 1984 lagi, tetapi sehingga kini sayap bersenjata Hamas ini masih disebut-sebut.