Kalau Aku Kaya

Nombor Isu:

39

Tarikh Terbit:

Oct, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Siapa kata remaja malas? Siapa kata remaja suka beralasan? Jika benar para remaja begitu, sudah tentu tiada sesiapa yang berjaya. Jika tidak mereka mengorak langkah

kejayaan seawal usia remajanya, mustahil mereka mampu menggapainya dalam waktu yang singkat.

Dan kejayaan juga mustahil untuk digapai jika diiringi dengan 1001 alasan. Oleh itu, zaman remaja bukanlah destinasi ‘pulau’ alasan. Tetapi zaman remaja ialah zaman memulaukan alasan untuk memburu kejayaan.

Jika para remaja gemar menetap di ‘pulau’ alasan, percayalah kita akan sukar untuk berjaya. Sukar untuk menghadapi kesukaran dan sukar bangkit daripada kegagalan. Akhirnya akan membesar menjadi dewasa yang biasa-biasa sahaja.

Hakikatnya pada usia inilah kita sudah mulakan melakar kejayaan pada masa hadapan. Dengan badan yang sihat, akal yang cerdas dan tenaga yang luar biasa, gunakannya sebaik mungkin. Binalah kejayaan melalui nikmat ini.

Kalau tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi langau yang membusukkan ikan. Jika tidak mampu membantu ibu dan ayah, janganlah kita menjadi remaja yang membuntu.

Oleh itu, sama ada tinggal di ‘pulau’ alasan atau kita yang pulaukan alasan, kita yang menentukannya kerana pilihan di tangan kita. Namun pilihlah untuk pulaukan segala alasan yang menjadi penghalang kepada kejayaan. Bagaimana? Hanya apabila kita... mula berhijrah meninggalkan pulau alasan!

Muhammad Aizuddin Kamaraul Zaman

Isu-isu bulan ini

Jom Rancang Duit Saku

Assalamualaikum. Apa khabar adik abang? Abang Long doakan moga adik berada dalam rahmat Allah selalu, insya-Allah. Soal kesihatan jangan diambil mudah. Maklumlah sekarang adik sedang berada dalam mood cuti sekolah.

Menjana Rezeki Dengan Memberi

Ingin menjana rezeki mesti dimulakan dengan niat untuk memberi. Apabila ingin memberi, kita mesti memiliki. Dan apabila ingin memiliki, sama ada mahu ataupun tidak, kita mesti terlebih dahulu mencari. Justeru dorongan untuk memberi itu membuatkan kita akan lebih aktif berusaha dan bekerja keras untuk mencari dan memiliki sebelum kita memberi.

Memiliki Pinjaman yang Terbaik

Jam 12.30 tengah hari. Saya melihat sebuah kereta Chevrolet Mustang masuk ke kawasan tempat letak kereta. Sebagai seorang peminat kereta, saya anggarkan kereta ini sekitar RM400 ribu. Berbeza harganya jika diimport dari luar negara, boleh mencecah RM700 ribu. Kelihatan seorang lelaki Melayu keluar dari kereta tersebut.

Urus Wang Hati Tenang

Belajar bersungguh-sungguh ya. Nanti kalau cemerlang, boleh dapat kerja bagus. Gaji pun besar, barulah hidup terjamin.” Semua orang pasti pernah mendengar ayat ini. Namun benarkah belajar cemerlang, kerja pun bagus? Dan apabila kerja bagus, benarkah gaji pun besar untuk menjamin kehidupan yang tenang?