Encik Presiden

Nombor Isu:

48

Tarikh Terbit:

Aug, 2015

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Bertuan Hanya Di Mata Tetap Di Hati

Siapa kata remaja tidak layak memimpin? Dan siapa kata remaja hanya layak dipimpin saja? Namun berapa ramai yang tahu dan sedar yang ramai pemimpin tersohor yang pernah menggegar dunia ini mula memimpin seawal usia remaja?

Lihatlah para pemimpin muda pada zaman Nabi seperti Sayidina Ali dan Muadz bin Jabal. Begitu juga dengan Usamah bin Zaid. Biarpun baru berusia 16 tahun, Baginda Nabi sudah memilihnya menjadi jeneral perang. Beliau bukan sekadar pemegang rekod jeneral termuda, tetapi lebih istimewa lagi beliau juga jeneral yang paling disayangi Nabi.

Langkah-langkah mereka ini seterusnya dijadikan panduan dan diikuti oleh para pemimpin terkemudian, umpama Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubi dan Sultan al-Fateh yang rata-rata mereka memimpin ketika di usia belia remaja lagi. Namun kita bagaimana?

Walau apa pun kita, biarpun belum berdaya lagi untuk memimpin negara mahupun dunia seperti mereka, hakikatnya kita semua sedang memimpin di daerah kita sendiri. Maka, pimpinlah bersungguh-sungguh dengan mencontohi kepimpinan umara yang terdahulu – meninggikan Allah melalui jalan Nabi s.a.w.

Kerana ingat, setiap jawatan yang kita pikul itu bukanlah suatu anugerah, tetapi sebenarnya amanah. Yang mana bukan menjadi suatu kebanggaan, tetapi tentunya tanggungan yang akan dihisab satu persatu oleh Allah di akhirat.

Oleh itu, jadilah pemimpin yang bertuan hanya di mata, di hati jangan sekali. Kerana di hati itu, rasa bertuhan tetap yang pasti lagi abadi! Seperti mana pesan Hamka: “Manusia asalnya daripada tanah, makan hasil tanah, berdiri atas tanah dan akan kembali pada tanah. Jadi, mengapa masih bersifat langit?”
Justeru, Gen-Q 48 kali ini menyediakan platform untuk kita semua melihat dalam diri sendiri bahawa kita semua adalah remaja yang bakal memimpin pula pada suatu hari nanti. Maka kelak, memimpinlah mengikut kehendak Allah, bukannya kehendak tekak!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

Salahkah nak Jadi Presiden

Abu Zar r.a. bercerita, “Aku berkata: ‘Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu mahu melantikku?’ Kemudian Baginda menepuk bahuku seraya berkata: ‘Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia juga akan menjadi kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kelak. Kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikannya apa yang menjadi untutannya.”’ (Riwayat al-Tirmizi ) Hadis ini umumnya menggambarkan nasihat Nabi s.a.w. terhadap manusia yang mahukan suatu jawatan di dunia. Walaupun Abu Zar merupakan seorangsahabatNabiyang sangat warak dan soleh, namun Nabi tidak mengizinkannya memegan

Meminpin dari Hati

Ramai manusia yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Bukan kerana soal suka memimpin berbanding dipimpin. Tetapi kerana manusia suka mengaitkannya dengan kuasa, harta dan nama. Sebab itulah, lihat sahaja kerusi kepimpinan yang sering menjadi rebutan ramai manusia. Biarpun sampai bergaduh dan bermusuh, walaupun tergadai agama dan juga nama. Mereka rela.

Inspirasi Kempipinan Pemuda Yaasin

Allah s.w.t.ada menceritakan gambaran kepimpinan sebenar dalam al-Quran: “Dan (semasa para rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung kota itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat:‘Wahai kaumku! Turutilah rasul- rasul itu.’” (Surah Yaasin 36: 20)

Promo

Review/Pertanyaan Majalah