Xpdc "Muslim Back Packer"

Nombor Isu:

50

Tarikh Terbit:

Oct, 2015

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Musafir itu Mencelikkan

Allah berfirman: “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang terdahulu. Kebanyakan mereka ialah orang yang mempersekutukan (Allah).” (Surah al-Rum 30: 42)

Dan dalam firman-Nya yang lain: “Katakanlah: ‘Berjalanlah kamu di muka bumi ini serta perhatikanlah bagaimana Allah mencipta (manusia) daripada permulaannya, kemudian Allah menjadinya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.’” (Surah al-Ankabut 29: 20)

Menerusi dua ayat ini, jelas Allah menegaskan bahawa mengembara bukanlah sekadar trend ikut-ikutan, apatah lagi hobi semata-mata. Tetapi ia satu amalan tradisi para pejuang kebenaran sejak zaman-berzaman.

Setelah sekian lama berhijrah melalui identiti dari segi akal, jiwa dan perasaan, mereka akan keluar mengembara dengan fizikal demi menyebarkan Islam dan meningkatkan mutu diri. Tradisi inilah yang telah diamalkan oleh para sahabat sebelumnya. Pejuang agama Allah tidak dapat tidak mesti bermusafir.

Tentu sahaja musafir bukan sekadar ingin mencuci mata, namun sebenarnya ingin ‘mencelikkan’ mata akal dan mata hati seorang manusia yang mengembara. Tujuannya agar ‘kedua-dua mata’ ini lebih terang menyuluh perjalanan kehidupan manusia yang samar-samar ini sehingga mampu membezakan mana yang hak dan batil, mana satu yang perintah dan larangan daripada Allah, selain dapat meninggikan agama Allah di mana-mana.

Sayidina Ali pernah berkata: “Keluarlah dari negara (yang didiami) bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana bagi musafir itu lima kelebihan: Terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, pengetahuan luas tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan.”

Sayangnya kalaulah ‘kedua-dua mata’ ini terus buta, mudaratnya besar. Manusia akan terus bergelap dan teraba-raba dalam kejahilan. Bukan hanya kejahilan agama, tetapi juga buta kehidupan dan kekuasaan-Nya!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman.

Isu-isu bulan ini

Anak Muda Bermusafirlah

Jika saya di beri pilihan untuk melakukan apa yang saya minati dalam hidup ini, sudah semestinya saya akan memilih untuk mengembara ke seluruh dunia!

Jejak Pengembaraan Seorang Lagenda

Ibn Battuta terkenal sebagai seorang pengembara agung pada abad ke-14 yang tercatat dalam sejarah dunia.KIsah pengembaraan anak muda yang berusia 21 tahun meninggalkan kampung halaman selama 30 tahun ini begitu mengujakan.

22 List to Do Backpackers Muslim Perlu Tahu

Daripada al-Quran dan hadis, terlalu banyak disebutkan kelebihan buat mereka yang suka bermusafir dan mengembara mejelajah dunia. Ini kerana Islam sangat menggalakan umatnya mengembara agar dapat melihat betapa luasnya dunia ini dan dapat belajar sesuatu daripanya.

Promo

Review/Pertanyaan Majalah