Wa Rock Tapi Warak

Nombor Isu:

51

Tarikh Terbit:

Nov, 2015

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Berhibur dan inginkan hiburan bukanlah perkara yang asing dalam dunia manusia. Kerana hiburan sebahagian daripada ‘keperluan’ kita. Namun, benarkah begitu?

Sebagai hamba Allah, kita meyakini bahawa setiap manusia ini adalah lemah. Ya, sekuat mana pun jiwa, fikiran dan fizikal kita, ada masanya tersungkur juga tatkala dihimpit masalah dan ujian dunia.

Maka hadirlah Islam untuk memandu manusia menyelesaikan ‘masalah’ fitrah ini. Malahan mampu membantu menjadikan manusia lebih mesra, ceria, optimis dan juga dinamik. Yang miskin senyuman, bermasam muka dan berprasangka buruk itu hakikatnya ia jauh daripada keperibadian Rasulullah s.a.w.

Lihatlah dalam sejarah kehidupan Baginda dan para sahabat. Biarpun tegas, namun jiwa mereka seimbang seperti manusia biasa. Ada sisi tenang, lucu, mesra dan ceria dalam perwatakan mereka.

Dalam Islam, jiwa dan fikiran yang lemah bukanlah memerlukan hiburan semata, namun sebenarnya ia mencari kebahagiaan sebagai kerehatan. Lihat saja betapa ramainya manusia yang bergelar penghibur, tetapi terlibat dengan dadah, sakit jiwa dan bunuh diri? Mengapa?

Kerana mereka semua tidak memperolehi kebahagiaan daripada hiburan walaupun mereka adalah seorang penghibur. Jadi, usah terlalu ‘gila-gila’ dalam berhibur demi mencari secebis kebahagiaan.

Ramai yang sanggup berbelanja besar untuk berhibur dalam mencari kebahagiaan, malangnya sudah ramai yang terkorban akibat hiburan yang melalaikan dan merosakkan.

Sebab itulah, tidak salah untuk berhibur. Asalkan kita tahu batasannya. Kerana hiburan yang sebenar adalah kebahagiaan yang hakiki, hasil daripada ketekunan kita beribadah mendekati-Nya!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

Jom Warak Dahulu Sebelum WaRock

Sayidina Ali berkata: “Sesungguhnya hati akan berasa jemu dan bosan sepertimana badan berasa letih dan lesu. Oleh itu rehatkanlah ia dengan hikmah dan kebijaksanaan. Berikan ruang untuknya mengembalikan keceriaan."

Alunan Musik Bukan Sekadar Terapi Emosi

Pastinya kita semua menyakini bahawa setiap yang diciptakan oleh Allah biarpun sekecil-kecil perkara itu pasti ada keistimewaan dan hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan alunan muzik. Selain menjadi terapi menenangkan jiwa dan membangkitkan emosi, muzik juga membantu menguatkan memori dalam proses pembelajaran.

Berhibur Gaya Nabi, Baru Stail!

Sekuat mana pun jiwa, fikiran dan fizikal seseorang, ada masanya terkesan juga dengan masalah-masalah dalam kehidupan. Kerana jemu dan bosan pada diri ini adalah fitrah sebagaimana lesu dan letih pada tubuh badan. Maka manusia bukan hanya memerlukan kerehatan badan, namun juga kerehatan jiwa dan perasaan. Kerehatan bagi jiwa dan perasaan adalah dengan hiburan. Hiburan ini tidak wajar jika kita sempitkan skopnya hanya pada muzik. Hakikatnya, untuk berhibur itu ada banyak cara dan kaedahnya seperti mana yang ditunjukkan oleh Baginda dalam kehidupannya.

7 Selebriti Terkenal Dunia Memeluk Islam

Jika dahulunya merekalah WaRock terkenal dunia, namun kini mereka telah WARAK apabila disapa hidayah Tuhan Pemilik Dunia

Promo

Review/Pertanyaan Majalah