Bukan Hanya Sado

Nombor Isu:

52

Tarikh Terbit:

Dec, 2015

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Jika anda inginkan bentuk tubuh badan yang sado sahaja, percayalah otot, tulang dan kulit hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, semuanya akan berkedut, reput dan mengecut. Semuanya akan dimakan usia. Jadi tentulah ini semua bukan ukuran kecantikan, ‘kesadoan’ dan kesihatan yang hakiki. 
Sebab itu, kami luaskan dan fokuskan erti sihat dan sado yang sebenar tidak hanya terletak pada fizikal semata-mata. Tetapi juga pada jiwa dan rohani setiap kita. Inilah ukuran sado yang sebenar di sisi Islam. Dan tentulah ukuran dan penilaian Islam lebih hakiki dan abadi.
Namun dalam masa yang sama, kami juga realistik dalam mengetengahkan kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan melalui corak senaman dan gaya hidup sihat yang betul. Antaranya dengan mengambil inspirasi daripada gaya hidup manusia terulung acuan Allah; Nabi Muhammad s.a.w. yang sasa fizikalnya, juga kental rohaninya.
Walau bagaimanapun, kami mengharapkan isu kali ini dapat memberikan ‘definisi baharu’ sihat dan sado yang sebenar. Tidak lain, ingin mengajak semua agar tidak sekadar fizikal sihat, namun juga mestilah berjiwa akhirat.
Mudah-mudahan, kita semua terpilih menjadi pemuda yang bermanfaat buat umat. Insya-Allah, kita doakan sama-sama.

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman.

Isu-isu bulan ini

Nikmat Sihat Orang Beriman

Plato, ahli falsafah terkenal pernah berkata: “Kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubah fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Para sahabat, salafussoleh dan orang soleh masa kini sentiasa tenang dan jarang mendapat sakit jantung. Pakar perubatan menegaskan bahawa sesiapa yang mengekalkan ketenangan dalam dirinya ketika berhadapan dengan ujian dunia moden, akan jauh daripada penyakit urat saraf.

Begini Baru Mr. Sado!

Tidak mengejutkan. Itulah reaksi spontan apabila membaca laporan kajian daripada Profesor Hans Degens yang mengetuai sekumpulan penyelidik daripada Universiti Manchester Metropolitan tentang lelaki yang berbadan sasa atau sado. Katanya: “Ramai antara kita kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka kuat seperti watak komik Incredible Hulk. Bagaimanapun kami mendapati
sel otot ahli bina badan kurang menghasilkan tenaga berbanding lelaki biasa yang aktif!”

Kisah Orang Sado

Tidak cukup kita seorang Muslim hanya berfizikal sasa dan maskulin sahaja, sebaliknya pemikiran, akhlak, ilmu dan ibadah kita pun perlu juga tegap dan hebat. Boleh kata, setegap dan sehebat fizikal kita juga. “Ah, mustahil ada Mr. Sado yang sesempurna ini. Tak mungkin ada manusia yang mampu untuk sehebat begitu. Angan-angan bolehlah. Kita ini manusia, sentiasa ada kelemahan dan cacat celanyalah. Realistiklah sikit!” Ironinya, jawapannya ada!

Muslim BMI

Adakah anda tahu bahawa tidak minum air selama tiga hari boleh membahayakan nyawa? Hal ini kerana 60 peratus daripada berat badan kita terdiri daripada air. Air membantu melancarkan sistem dalam badan. Contohnya, membuang toksin, melancarkan penghadaman, menyeimbangkan suhu badan, membekalkan oksigen dan membantu menyerap vitamin ke dalam sel.

Promo

Review/Pertanyaan Majalah