Please, Be A Hero

Nombor Isu:

54

Tarikh Terbit:

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Kadang-kadang kita terlupa, hebatnya kita sebagai orang kaya sebab adanya orang miskin. Nampak hebatnya majikan sebab adanya pekerja bawahan di bawah kita. Nampak hebatnya senior sebab adanya junior yang lebih muda daripada kita. Nampak hebatnya orang bijaksana sebab adanya yang kurang bijak daripada kita. Dan nampak hebatnya seorang pemimpin mahupun raja sebab adanya rakyat jelata.

Hakikatnya, tanpa adanya orang lain kita sebenarnya tiada apa-apa. Hebat pun tidak, kaya pun tidak, majikan pun tidak dan raja pun tidak. Kerana tiada punching bag yang boleh membezakan kita. Maka, di mana sebenarnya kehebatan kita?

Oleh yang demikian, kami melangkah dengan semangat yang baru untuk menyuntik isu ini kepada pembaca-pembaca muda. Biarpun langkahan awal sudah dibayangi dengan cabaran, namun tema ini mesti diangkat dan disuburkan dalam jiwa setiap Muslim.

Pertama, tema ini sudah tentu menjadi isu berat dan 'menjemukan' bagi pembaca muda. Dengan isu utamanya berkaitan kemasyarakatan, sudah tentu ia bukanlah isu menarik yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan anak muda. Namun kita percaya, anak muda kini sudah lebih prihatin dalam soal kesedaran sosial.

Kedua, proses penghasilan keseluruhan majalah ini. Kami beberapa kali melakukan rombakan di cover dan isi kandungannya. Sebolehnya kami
cuba memasukkan elemen mood empati dalam diri pembaca agar sama-sama dapat menyelami emosi mereka yang kurang bernasib baik ini dengan semula jadi. Juga, membangkitkan keseronokan gaya hidup kesukarelawanan yang sentiasa proaktif untuk membantu mereka.

Ingat, mulianya kita bukan kerana nama dan kedudukan. Tetapi mulianya seorang manusia selagi mana dia merasakan betapa pentingnya menjaga hubungan sesama manusia dengan sentiasa menghulurkan bantuan dan keprihatinannya.

Ingat, jika setiap Februari ramai muda-mudi yang sibuk-sibuk menyambut valentine's day... kita sebagai Muslim tidak begitu. Kita tidak mencari cinta manusia, tetapi kita mencari cinta Allah - cinta yang tertinggi. Dan kesan cinta kepada Allah itu adalah dengan mengasihi gelandangan (yang juga anak yatim dan orang miskin). Mereka adalah sebahagian daripada kita dan masyarakat kita.

Justeru, Gen-Q 54 ini kami sajikan kepada anda medan dan peluang untuk bermuhasabah!

Isu-isu bulan ini

Menyantuni Gelandangan Bukti Iman

Sesungguhnya keredaan Allah bukan sahaja ada di masjid atau surau tetapi di rumah anak-anak yatim, rumah orang miskin, rumah sakit dan rumah kebajikan orang tua, di tepi- tepi jalan tempat para gelandangan terdampar. Jika kita bijak menilai keutamaan, banyak yang kita boleh lakukan untuk mendapat kecintaan Allah dengan berbuat baik sesama manusia.

They are homeless, not hopeless

Benar, dalam isu kemasyarakatan sepatutnya kitalah superhero mereka. Terutamanya soal anak yatim, gelandangan mahupun orang miskin. Kitalah superhero Muslim yang sentiasa bersungguh-sungguh memperjuangkan dan melindungi hak mereka, serta yang sentiasa prihatin dan turun padang memberi bantuan kepada mereka.

Be A Hero!

Untungnya jadi superhero gelandangan. Apa tidaknya, selain sudah mengisi masa lapang dengan bermanfaat, kewajipan menunaikan tanggungjawab sosial pun sudah terlaksana. Malah lebih menarik lagi, banyak keuntungan dunia akhirat yang bakal diperoleh. Sekurang- kurangnya ada 8 keuntungan dunia akhirat. Seronoknya...

Orang Agama Tetapi Belum Cukup Beragama

Menurut Hamka dalam tafsirnya, apabila Allah memulakan sesuatu dengan pertanyaan, maka perkara ini perlu diberikan perhatian yang lebih dan bersungguh- sungguh. Firman Allah tentang: "Apakah engkau lihat orang yang mendustakan agama ( juga hari pembalasan)?" bukanlah soalan yang main-main.

Review/Pertanyaan Majalah