Muslimahteen Ligat Berakhlak Sopan & Stylo

Nombor Isu:

57

Tarikh Terbit:

May, 2016

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Gaya hidup Muslimah sering kali disalah fahami. Ramai yang beranggapan, asal Muslimah mesti tidak menyerlah, pasif, pendiam dan lemah. Sedangkan keperibadian begini jauh daripada gaya hidup Muslimahteen yang dididik daripada air tangan Nabi s.a.w.

Padahal identiti Muslimah sebenar adalah cerdik, cergas, mesra, ceria, optimis, ligat berakhlak, juga dinamik. Biarpun Muslimahteen sezaman Nabi lemah-lembut perwatakannya, namun mereka berjiwa besar. Seterusnya menghasilkan sikap proaktif.

Proaktif dalam menyumbangkan ilmu, proaktif dalam menghulurkan bantuan dalam ketenteraan dan proaktif dalam keusahawanan. Boleh kata, mereka proaktif dalam segala hal.

Malah, lebih-lebih proaktif dalam hal-hal ‘keperibadian’ mereka. Apa-apa yang berkaitan dengan isu sensitif wanita, merekalah juara dan pakar dalam bidangnya. Saya melihat, ini menjadi cabaran kepada Muslimahteen kini untuk menguasai semula isu-isu sensitif wanita yang semakin didominasi kepakarannya oleh kaum lelaki.

Begitu juga dalam al-Quran, ada beberapa orang tokoh remaja Muslimah yang telah Allah rakamkan kisahnya. Biarpun nama mereka sengaja didiamkan, tetapi karakternya diangkat dan dihighlightkan oleh Allah. Hikmahnya, sudah tentulah agar kita memerhatikan dengan teliti karakter-karakter para wanita istimewa ini untuk diteladani.

Justeru, Gen-Q 57 ini kami cuba menjawab dilema remaja wanita di luar sana tentang gaya hidup sebenar remaja wanita Islam yang sejati!

Isu-isu bulan ini

Unggulnya Dikau Wahai Wanita

Sedari dulu, insan bernama wanita sering menjadi subjek inspirasi di sebalik kehidupan individu. Sering kita terdengar di corong radio, bait-bait lagu memuji wanita, titipan sajak dan puisi yang memperkasa kaum hawa serta ucapan indah yang meninggikan taraf dan keperibadian mereka. Semuanya tentang keistimewaan serta kehebatan insan bernama wanita.

Rupanya Ada Kisah Remaja Muslimah Dalam al-Quran

Mungkin ramai sudah tahu atau mungkin juga ramai yang tidak perasan, sekurang-kurangnya ada tiga orang watak remaja Muslimah yang diisyaratkan dalam al-Quran. Kisah mereka bertiga tidak banyak. Walaupun tidak banyak dan sengaja didiamkan namanya, keperibadian mereka yang disentuh al-Quran cukup memberi inspirasi kepada remaja hari ini.
Persoalannya siapakah mereka?

Sehebat Remaja Muslimat Zaman Nabi

Apabila sumber didikannya sama, maka hasilnya pun sama. Rasulullah mendidik umat dengan panduan al- Quran, maka remaja-remaja pada zamannya juga menjadi seperti tokoh-tokoh remaja al-Quran. Dan mereka inilah saya namakan sebagai Gen-Q, generasi al-Quran.

Muslimahteen itu Proaktif & Produktif Orangnya

Siapa kata remaja Muslimah pasif? Muslimah sejati mesti proaktif dan produktif orangnya! Namun kenapa Muslimah yang menutup aurat sempurna jarang sekali kelihatan terkedepan, ya? Oh, itu mungkin andaian kita. Yang tidak nampak, tidak semestinya tiada. Mungkin ramai sebenarnya, cuma kita yang terlepas pandang atau memang sengaja tidak dihighlightkan oleh media semasa. Setidak-tidaknya saya bersangka baik.

Review/Pertanyaan Majalah