Ramalan Bintang 12

Nombor Isu:

60

Tarikh Terbit:

Aug, 2016

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Ramalan jodoh, kerjaya, karakter, kekayaan, kemiskinan dan nasib masa hadapan adalah gaya hidup bangsa yang beku, kaku, pasif dan tidak dinamik. Malah jauh sekali daripada budaya berdaya saing seperti yang dianjurkan oleh Islam. Apatah lagi ia sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Muslim kepada Allah. 

Maka sebab itulah Islam begitu tegas melarang umatnya daripada terus leka dan lena dengan ramalan-ramalan sebegini. Biarpun hanya sekadar suka-suka. Ia tetap dilarang sama sekali! Rasulullah begitu tegas dalam soal ini: “Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu membenarkannya. Maka ia telah kufur pada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat Abu Dawud)

Tabiat mempercayai ‘pendusta-pendusta’ ini sebenarnya bukanlah masalah sesuatu bangsa mahupun negara. Namun ia adalah tabiat yang sudah menjadi budaya pada mana-mana bangsa dan negara. Boleh dikatakan, ia sudah merentasi benua dan negara.

Hal ini kerana, ia bukan lagi soal bangsa tetapi soal manusia. Benarlah manusia itu akan memusuhi apa-apa yang dia tidak ketahui. Antaranya tidak tahu tentang masa hadapan dan untung nasib kehidupannya yang sengaja dirahsiakan oleh Allah. Sedangkan ia bertentangan dengan fitrah manusia yang inginkan kesempurnaan dan takutkan kegagalan dalam kehidupan. Maka jalan singkatnya, tenun nasib!

Lihatlah sejak dahulu lagi manusia sudah menyukainya. Pada zaman Nabi Ibrahim, sudah ada kaum yang sudah pandai menilik nasib menggunakan bintang-bintang di langit. Begitu juga pada zaman Nabi Musa dan firaun, sudah ada tukang sihir dan tukang tiliknya.

Kini, tukang tilik semakin berkembang. Mereka ‘menjadi’ feng shui, dukun horoskop, penilik zodiak dan sebagainya. Biarpun namanya sudah berubah, namun ‘profesion’ mereka tetap sama – penilik nasib!

Oleh yang demikian, teruslah berpegang kepada akidah yang teguh bahawa perkara yang ghaib itu adalah milik mutlak Allah. Maka tiada sesiapa yang mengetahui melainkan Dia semata.

Jika ada yang mengisytiharkan bahawa mereka mengetahui perkara ghaib, ketahuilah mereka semuanya adalah pendusta. Mereka pendusta yang berkata-kata pada sesuatu yang mereka sendiri pun tidak mengetahuinya.

Justeru, saya mengucapkan selamat membaca kepada semua yang sedang memegang naskhah
ini. Semoga Allah menguatkan akidah kita agar terus kekal di landasan yang benar ini dengan Navigasi iman yang benar. Amin.

Isu-isu bulan ini

Kenali Diri Dengan Nombor

Mazuki dan Munawwar sahabat yang baik daripada kecil lagi. Namunmasing-masing ‘terpisah’ dek kerana tuntutan melanjutkan pengajian ke universiti yang berbeza. Satu di ibu kota, satu lagi nun jauh di utara sana...

Mengkaji Keji Numerologi

Masih lagi tentang isu mengenal diri melalui tarikh lahir. Tidak kurang ramai juga yang tidak bersetuju. Antara respons balas "hebat"yang biasa diterima: "Tak salah. Ada ustaz, doktor yang percaya. Bahkan yang memperjuangkannya bukan calang-calang orang, Profesor!"...

Bukan Lagi Suka-Suka

Ramalan jodoh, kerjaya, karakter, kekayaan, kemiskinan dan nasib masa hadapan adalah gaya hidup yang beku, kaku, pasif dan tidak dinamik. Malah jauh sekali daripada budaya berdaya saing seperti yang dianjurkan oleh Islam. Apatah lagi ia sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Muslim kepada Allah.

Fonomena Meramal Nasib

Seingatku, ketika masih bersekolah dahulu, sebahagian daripada rakan sekelasku gemar membeli majalah-majalah hiburan. Dalam majalah tersebut, antara lain mengandungi ramalan untung nasib dan ciri peribadi seseorang berdasarkan zodiak atau bulan kelahiran. Meski tidaklah menaruh kepercayaan terhadap ramalan tersebut, tetapi terselit juga rasa ingin tahu yang

Review/Pertanyaan Majalah