The Next Millionaire Is You
RM7.00
Tiada Stok

Nombor Isu:

61

Tarikh Terbit:

Sep, 2016

Jumlah Muka Surat:

94

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Sekiranya ada yang bertanya-tanya kepada saya: “Saudara, apakah penting sebenarnya seorang Muslim itu perlu kaya?” Insya-Allah, jawapan saya: “Ya, penting.” Mengapa? Baik, saya menggariskannya kepada tiga perkara teras. Pertama, kerana mulia. Kita maklum bahawa kedudukan Muslim itu mulia di sisi-Nya: “Kamu (umat Muhammad) ialah aumat yang terbaik dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh agar melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali ‘Imran 3: 110)

Maka tingkatkan lagi kemuliaan itu dengan tidak berharap dan bergantung sepenuhnya pada makhluk kecuali hanya Allah semata-mata. Salah satu caranya adalah dengan bebas kewangan. Kedua, agar tidak meminta-minta. Kerana tanpa kewangan yang kukuh, kita sebagai Muslim akan mudah dipandang hina dan diperkotak-katikkan kerana mengemis dan meminta-minta daripada orang lain. Justeru, jangan disebabkan kelemahan dan kesilapan kita yang kurang bijak mengurus kewangan itu menjadi salah satu sebab kita sedang menghodohkan ‘wajah’ Muslim yang telah dimuliakan oleh-Nya.

Juga, kita boleh hilang kewarasan dan rasional diri hanya kerana wang. Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang sanggup pecah amanah, rasuah dan segala macam perangai melanggar perintah Allah disebabkan kesempitan hidup yang mendesak. Dan ketiga, sumbangan kepada agama. Bayangkan dengan kewangan yang stabil, sudah tentulah setiap Muslim akan mampu menyalurkan dana kepada pembangunan dakwah Islam seperti  mana yang telah dilakukan oleh Khadijah, Abu Bakar dan para sahabat yang lain.

Bahkan, dapat juga membantu golongan yang memerlukan. Sambil-sambil kita membina sedikit keselesaan dalam meneruskan kehidupan ini, dapat juga kita beribadah dengan memanfaatkan kemampuan yang ada melalui sedekah dan wakaf. Tidak mengapalah kalau kita baru bermimpi- mimpi dengan impian menjadi kaya. Sekalipun belum berusaha melakukannya, tetapi sekurang- kurangnya kita tahu dan sedang mengukir hala tuju kehidupan kita. Dan setiap hala tuju itu akan sentiasa mempengaruhi setiap keputusan yang akan kita lakukan dalam kehidupan ini.

Kata Steven Covey: “Begin with end in mind.” Dan setiap impian itu wajib ditulis kerana apabila kita sudah menulis impian, barulah kita sedar bahawa kita bukanlah manusia yang tiada impian dan tidak pernah mencuba untuk mencapai impian mahupun kejayaan. Tetapi sebenarnya kita tidak pernah serius apakah impian hidup kita yang sebenarnya! Oleh itu, bagi setiap impian yang ditulis perlu terus ditulis dan diperbaharui daripada masa ke semasa. Pertama, tujuannya agar kita tidak mudah berasa selamat di zon selesa, maka kita akan terus berusaha mencapai impian demi impian dan kejayaan demi kejayaan. Natijahnya, kita tidak akan mudah cepat berpuas hati.

Kedua, ada kala impian yang pernah kita tulis itu bukanlah impian kita, tetapi tidak lain hanyalah untuk impress orang lain kepada kita. Maka impian tersebut perlu dipadamkan dan digantikan dengan impian yang benar-benar memberi makna kepada kita. Semoga Gen-Q isu 61 ini hadir membawa inspirasi kepada anda semua. Dan anda adalah the next millionaire yang kita cari!

Isu-isu bulan ini

Islam Tidak Alergi Jutawan

Islam bukanlah agama yang alergi pada kekayaan, asalkan ia dimiliki oleh orang yang bertakwa. Rasulullah bersabda: “Tidak ada apa-apa dengan kaya orang yang bertakwa. Dan sihat bagi orang yang bertakwa itu lebih baik daripada kaya. Dan bahagia itu sebahagian daripada kenikmatan.” (Riwayat Ibn Majah)

Road To Be a Miilionaire

Dalam menggapai impian untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan, bukanlah suatu angan-angan yang mudah. Namun ia juga tidak mustahil untuk dicapai jika kena cara dan kaedahnya. Kerana sudah ramai mereka di luar sana yang berjaya setelah menceburi dalam bidang ini.

Musnah Tanpa Qanaah

Betapa ramai orang kaya terpaksa hidup ‘miskin’ di tengah-tengah kekayaannya. Dia mempunyai harta, tetapi tidak dapat menikmati hartanya. Kononnya, mencari rezeki demi kebahagiaan keluarga, tetapi akhirnya keluarga menjadi korban kesibukan dan kerakusannya mencari harta tanpa henti.

Kaya Itu Mulia

Benar, kaya itu mulia sekalipun bukan kaya harta. Ini kerana dalam dunia moden pengertian kaya itu luas, seluas angkasa. Justeru, kaya tidak terhad pada harta semata, tetapi juga kaya jiwa, kaya kesihatan, kaya perhubungan, kaya pengalaman, kaya ilmu, kaya ekonomi, kaya legasi dan kaya spiritual.

Review/Pertanyaan Majalah