Dosa Pahala Di Hujung Jari

Nombor Isu:

105

Tarikh Terbit:

Aug, 2017

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Pen jika digunakan untuk menulis, maka itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Namun sebaliknya, jika pen digunakan untuk mencucuk orang, maka itu zalim kerana ,eletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Begitulah juga dengan Internet. Apabila berbincang mengenainya, kita selalu dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif. Internet banyak mudarat, berbanding manfaat. Tentunya kenyataan itu berat sebelah kerana manfaat sedia terhidang andai kita dapat menyalurkannya pada jalan yang betul.

Banyak dosa berpunca dari lidah. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, tangan telah mengambil tempat lidah. Mengumpat, berkata dusta, memfitnah, lucah dan maki hamun serta banyak lagi, segala-galanya mudah di hujung jari.

Lebih teruk lagi sehingga ada ucapan dan tulisan berani yang membawa kepada syirik dan murtad. Misalnya mempersendakan sunnah Nabi dengan mengatakan perkara tersebut kuno, menolak syariat Allah kononnya tidak sesuai dengan masyarakat kini dan sebagainya.

 

Isu-isu bulan ini

Viral Pahala atau Dosa?

Biasanya kita mendengar sistem MLM ini dalam perniagaan sahaja, iaitu setiap pihak yang berada di atas kita mendapat ‘saham’ hasil kerja orang di bawahnya. Mudahnya, ia seperti sistem piramid yang saling berkait antara satu sama lain. Begitulah konsep dosa pahala dalam Islam. Orang yang berada di atas, mendapat ‘saham’ hasil perbuatan orang di bawahnya. Siapakah dia orang atasan itu? Mereka ialah mentor yang mengajar atau menunjukkan sesuatu amalan sama ada baik atau buruk.

Semuanya Semudah Di Hujung Jari

Kehidupan manusia kini telah di'zombi'kan dengan gajet sebagai peneman. Interaksi manusiawi sudah hampir ‘pupus’ daripada kamus insani. Dunia baharu ini kini mendominasi. Ia bukan lagi sekadar alat telekomunikasi. Namun mampu menjadi medium berjual beli, medan pasar digital global, dan juga ruang berkongsi tanpa sempadan.

Perjuangan Solat Yang Sebenar

Menjadi keutamaan bagi umat Rasulullah mengetahui matlamat solat agar tidak selama-lamanya terperangkap dalam soal teknikal yakni membincangkan syarat, rukun, sah dan batal solat semata-mata sehingga melupakan matlamat asalnya. Kita tidak mahu keseluruhan hayat dan umur dihabiskan membincangkan isu ‘jalan’, tetapi melupakan matlamat dan destinasi.

Hati-hati Sebelum Percaya

Kadang-kadang berlaku kegemparan apabila sesuatu perkara pelik yang bertentangan dengan agama sampai ke telinga atau mata kita. Kita terus menggeleng kepala melihat kejahilan yang berlaku. Dalam ajaran agama, Tabayyun amat penting. Tabayyun bermaksud mencari bukti, kebenaran, penyiasatan dan seumpamanya.

Review/Pertanyaan Majalah