Kita Semua Dai

Nombor Isu:

106

Tarikh Terbit:

Sep, 2017

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Kemajuan sesebuah negara tidak tertegak dengan hasil usaha sendiri, tetapi ada ‘tangan-tangan’ daripada pemimpin dan rakyat yang menggembleng sumber yang ada bersama. Jika soal hidup di dunia pun kita mahu maju, apatah lagi ‘kemajuan’ kita di akhirat. Kita seharusnya lebih cakna dalam isu agama.

Seperti ada tarikan magnet, kita rasa sensitif untuk mencegah kemungkaran, dan menyeru kepada kebaikan. Naluri untuk amar makruf nahi mungkar, sebenarnya ada pada setiap Muslim. Bukankah fitrah kita suka akan kebaikan, dan resah gelisah dengan kemungkaran?

Mata rantai dakwah ini hakikatnya akan terus bersambung. Sekalipun di dahi tiada cop ‘budak aliran agama’ atau ‘bukan berpakaian agama’, selagi kita mengucap, “Aku bersaksi tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”, maka kita termasuk sebagai ejen dakwah.

Dalam menggalas tugas ini, ia bergantung kepada keperibadian penyampai mesej itu sendiri. If you don’t belief the messenger, you won’t belief the message! Jika melihat si pengajak kebaikan pun tidak seperti yang diserunya, mana mungkin dakwahnya diterima. Kejayaan untuk mengubah orang lain bergantung pada kejayaan mengubah diri sendiri. Hakikatnya, dalam menyeru orang lain kepada kebaikan, sebenarnya kita mengajak diri sendiri untuk berbuat kebaikan, dan meninggalkan maksiat terlebih dahulu.

Dakwah menjadikan kita sentiasa berjaga-jaga dengan nafsu dan syaitan. Dakwah menjadikan kita dekat dengan Tuhan.
Dakwah menjemput rahmat, mendekatkan kita dengan syurga yang didambakan

setiap insan.
Justeru, Solusi kali ini, berganding bersama program Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5

rasa terpanggil untuk menyuburkan rasa ingin berdakwah dalam hati setiap daripada kita. Menelusuri tulisan artikel ustaz Ahmad Husni di ruangan Fokus, terasa ada nikmatnya

dalam berdakwah, sekalipun tidak dibentang dengan karpet merah. Menyelak helaian pada ruangan tulisan Datuk Ustaz Kazim Elias, ada sesuatu yang boleh dikutip daripada perjalanan 27 tahun pahit manis beliau dalam dunia dakwah. Begitu juga tulisan-tulisan lain disampaikan dengan mudah, tentang dakwah.

Jemput membaca dan mengambil ibrah. Kerana tugas dai tidak akan berjaya dengan goyang kaki dan syok sendiri, tetapi dengan ilmu di dada, mengamalkannya, seterusnya menyampaikannya.

Isu-isu bulan ini

Kerana Kita Semua Dai

Tiada alasan. Asalkan kita seorang Muslim, secara automatik kita seorang pendakwah. Justeru setiap saat dan ketika kita di atas muka bumi Allah ini, selagi bergelar Muslim, maka kita sedang menjadi ejen ‘pemasaran’ dakwah untuk Islam. Namun, malangnya kita hanya ‘pengguna’ Islam yang terbaik, tetapi masih ramai yang gagal ‘memasarkan’ Islam dengan baik.

Seluruh Makhluk Mendoakannya

Dakwah dalam bahasa mudahnya bermaksud menyebarkan ajaran agama Islam. Dakwah boleh dilakukan oleh semua orangsesuai dengan kemampuan dan kreativiti masing-masing. Syaratnya, dakwah mestilah berlandaskan ilmu. Bukan sekadar ikut rasa. Berdakwah bukan kerja remeh. Walau sekecil apapun usaha dakwah yang dilakukan, ia tetap terpuji dan dipuji oleh Allah s.w.t.

Pesan Untuk Semua

Banyak perkara yang mahu ditinggal pesan buat yang tersayang di kala usia melebihi 1⁄2 abad. Rasanya masa berbaki terlalu suntuk untuk berlama-lama dengan segala bentuk permainan yang mengasyikkan. Petanda persekitaran nyata begitu. Berpesan-pesan itu satu penawar. Berpesan itu perlu dengan ilmu. Berpesan itu dengan kebenaran.

Kita Semua Mujahid

Sering kali perkataan jihad disalahtafsirkan. Jihad tidak hanya berjuang di medan peperangan. Apatah lagi mengatakan kini jihad sudah tiada. Hakikatnya, skop jihad itu lebih luas dariapada kancah peperangan.