Hiburan Umat Akhir Zaman

Nombor Isu:

109

Tarikh Terbit:

Dec, 2017

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Ketika pena editor ini ditaip, lebih kurang sebulan berbaki daripada tarikh saya bakal melahirkan anak kedua. Perasaannya bercampur baur. Tentunya mengenangkan wajah dan aksi bayi yang comel, saya rasa teruja. Namun berfikir tentang perjuangan di bilik bersalin, kemudian bersambung dengan amanah yang akan ditanya dalam membesarkan dan mendidik anugerah Allah ini, hati saya sedikit gerun.

Menyebut tentang kehamilan, surah Maryam antara surah yang dekat dengan ibu mengandung. Kita akan berjumpa dua cerita berkaitan dengan perkara ini pada awal-awal surah. Pertama, tentang Nabi Zakaria yang direzekikan zuriat ketika usia renta, ditambah lagi dengan isterinya yang mandul.

Kisah kedua, tentang Maryam yang melahirkan anak tanpa bapa. Kedua-dua kisah pelik tapi benar ini sungguh pun kelihatan memungkinkan putus asa, juga menyebabkan kecaman orang, tetapi inilah yang dikatakan hiburan dalam kehidupan.

Sesuatu yang menjemput tenang itulah hiburan. Nabi Zakaria, sekalipun zuriat yang dinanti lambat kehadirannya, tetapi harapannya kepada Allah tidak pernah padam. Lihat doa Nabi Zakaria yang dirakamkan dalam al-Quran: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah putih dipenuhi uban dan aku tidak pernah berasa hampa untuk berdoa kepada-Mu.... Oleh itu, kurniakanlah aku dari sisi-Mu seorang putera.” (Surah Maryam 19: 4-5)

Sekalipun difikirkan dengan akal manusia, mustahil baginda boleh mempunyai anak sendiri atas faktor usia. Namun harapannya tidak pernah padam. Keyakinannya kepada Allah sepenuh jiwa. Bahkan lebih kerap baginda berdoa, semakin dekat terasa dengan Tuhan. Sehingga akhirnya dikhabarkan berita gembira oleh Allah, baginda bakal menimang cahaya mata. Sungguh, yang menggembirakan itu bukan sekadar doa yang terkabul tetapi kemanisan saat berdoa!

Mengenangkan setiap satu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan, hakikatnya
tidak lari daripada hiburan. Sama ada berbentuk sesuatu yang menggembirakan atau menyedihkan, menakutkan atau menerujakan. Satu per satu babak dalam kehidupan jika diteliti sebenarnya menjadi hiburan buat diri.

Andai menjadi insan teruji, carilah kasih sayang Tuhan pada ‘kekerasan’ takdir-Nya. Itu juga hiburan. Sesungguhnya tiada satu pun yang sia-sia.

Isu-isu bulan ini

Berhibur Bersama Keluarga

Islam bukanlah menekankan aspek ritual 24 jam. Manusia juga diajar untuk bergaul sesama mereka melalui pelbagai aktiviti, salah satunya ialah riadah dan hiburan. Islam tidak mengharamkan hiburan, sebaliknya memandu manusia cara berhibur yang baik untuk diamalkan.

 

Cukuplah Seperti Garam Dalam Masakan

Sebagaimana yang dinukilkan dalam garis panduan hiburan dalam Islam yang diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10-11 Februari 2015, menyatakan bahawa hiburan ialah satu persembahan dengan gerak laku perbuatan atau olah tubuh, tutur kata atau mimik atau menggunakan benda-benda dan objek tertentu dan sebagainya.

Bukan Bebas Namun Terbatas

Al-Imam al-Ghazali dalam keluasannya memberi kelonggaran kepada muzik dan hiburan: “Meskipun aku membenarkan hiburan, ia hanyalah sesuatu yang bersifat sampingan. Jangan diangkat statusnya daripada hiburan hingga menjadi seperti satu ibadah.”

 

Beginilah Rupanya Hiburan Islam

Berhibur dengan cara bergurau, ketawa, melawak, berseloroh dan bermain-main ialah keperluan jiwa dan ingin memenuhi fitrah. Hiburan seperti ini memberi hak kepada hati untuk beristirahat dan bergembira kerana kehidupan itu panjang.

 

Review/Pertanyaan Majalah