Kuasa Veto Suami?

Nombor Isu:

111

Tarikh Terbit:

Feb, 2018

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Dalam khutbah terakhir Rasulullah, Baginda ber- pesan kepada para suami, “Sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakai dalam suasana kasih sayang.”

Isteri, sebelum berkahwin lagi sudah merasakan sukarnya membuat keputusan perkahwinan. Bukan soal pengurusan majlis sewaktu nikah dan walimah lagi. Ini baru soal memilih calon imam atau suami. Runsing memikirkan calon terbaik yang sesuai sebagai imam.

Ibu bapa turut tidak terlepas. Risaunya mahu melepaskan anak mereka. Dahulu ditatang bagai minyak yang penuh, kini perlu akur dan bersedia untuk dibawa seorang lelaki asing bernama suami. Orang yang mengambil alih tugas itu mestilah bukan sembarangan, tetapi mempunyai agama sebagai sandaran. Barulah lega boleh bertandang. Begitu harapan buat para suami. Lebih utama lagi, begitu yang Allah gariskan dan tetapkan.

Namun sayangnya, segelintir suami menggunakan hadis Nabi menunjukkan kuasa di hadapan isteri. Kononnya dia pemimpin keluarga. Dia berhak menentukan segala urusan keluarga. Cakapnya mesti diterima dan diikut. Isteri tiada hak bersuara. Isteri yang pada mulanya menaruh harapan untuk dibimbing suami, mula terasa dizalimi.

Para suami, jangan harap mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah. Isteri
dan anak-anak ialah amanah yang dengannya boleh menentukan di mana akhirnya destinasi. Moga- moga syurga perhentian sekeluarga. Inilah kenikmatan sebenar dalam berumah tangga.

Contohilah sifat Khalid al-Walid. Saat diberitahu Sayidina Umar beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua perang ketika dia memimpin angkatan perang, beliau tetap mengakhiri tugasnya dengan baik sehingga tentera Islam menang. 

Menyambung khutbah Rasulullah tadi, “Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah- lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka ialah teman dan pembantu setia.”

Kata Khalid, dia berperang kerana Allah, bukan kerana Umar. Inilah antara ciri pemimpin yang baik. Pemimpin yang tidak mudah terusik egonya di hadapan anak buah. Seperti seorang suami dan ayah yang memimpin keluarganya dengan penuh amanah bukan kerana nafsu amarah.

Suami, jadilah pemimpin terbaik untuk “tentera” di rumahmu. Memimpin dengan kasih sayang kerana Allah.

Isu-isu bulan ini

Suami Hebat Seperti Nabi

Suami merupakan tunjang utama dalam keluarga. Islam mengiktiraf kedudukan suami sebagai ketua dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Kuasa Veto Suami?

Dalam kelebihan darjat seorang suami, Allah s.w.t. juga memberi panduan dan kaedah bertoleransi dalam mengimbangi di antara keutamaan darjat dan memikul tanggungjawab.

Antara Veto, Amanah dan Ihsan

Amanah Allah yang diberikan merupakan satu tugasan berat yang perlu ditanggung di bahu setiap yang bergelar suami. Jiwa akan lebih terdidik, ego akan semakin mengecil dengan mendaulatkan ketakutan kepada Tuhan dari merasakan diri umpama raja mahupun sultan. Raikan antara ketegasan, hak, kelebihan dan sinergikan dengan amanah, ihsan dan belas kasihan.

Rahsia Suami Soleh

Menjadi idaman setiap isteri memiliki seorang suami yang mampu membimbingnya ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan pada masa yang sama menjadi ayah kepada zuriatnya.

Review/Pertanyaan Majalah