Isteri Queen Control

Nombor Isu:

112

Tarikh Terbit:

Mar, 2018

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Menjadi isteri solehah tentu sahaja idaman bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cita-cita itu sudah dipasak awal sebelum menikah lagi. Namun lain pula apabila sudah masuk ke gelanggang perkahwinan. Ternyata ujian memang tidak lari daripada hidup seorang insan.

Namun ketahuilah, ujian ialah suatu proses pembelajaran. Untuk kita tahu bahawa mahu menggapai syurga bukan senang-senang. Ada usaha yang perlu digerakkan. Ada perkara yang perlu dilaburkan. Sungguh nanti di akhir perjuangan hidup seorang isteri, baru kita boleh menarik nafas lega.

Rupa-rupanya tidak susah menjadi solehah. Hanya perlu empat perkara; solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga maruah diri dan mentaati perintah suami...lalu dia akan dijemput untuk masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka. (Riwayat Ahmad)

Dunia kini, kita diuji dengan pemikiran yang mengangkat wanita sama taraf dengan lelaki. Kononnya hak sama rata. Nafsu dan syaitan pula menghasut dalaman kita. Andai tidak kuat, kita berpotensi disingkirkan daripada menjadi gelaran isteri solehah, seperti yang dahulu kita cita-citakan. Nauzubillah.

Dahulu, isteri kerjanya di rumah. Hebat ‘bersilat’ di setiap ceruk rumah. Suami yang keluar mencari nafkah untuk ahli isi rumah. Namun kini sudah jauh berbeza. Rata-rata isteri keluar bekerja untuk membantu suami menyara keluarga. Sudah berpendapatan sendiri, ada pula rasa 'lebih' daripada suami.

Siapa sangka, rasa 'lebih' itu menyebabkan hilang penghormatan kepada suami. Ini satu juzuk cerita dalam kehidupan berkeluarga, dan banyak lagi kes semacam yang berlegar dalam masyarakat kita.

Justeru, Solusi 112 tampil sebagai medan muhasabah para isteri khususnya dalam menjadikan diri sebagai ‘queen’ yang sebenar di mata suami. Bunyinya tampak sukar. Namun insya-Allah tidak mustahil.

 

Isu-isu bulan ini

10 Dosa Terhadap Suami Yang Diremehkan Isteri

Isteri ialah permaisuri buat suami. Peranan isteri dalam institusi kekeluargaan amat penting. Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, pelbagai onak dan duri akan dilalui setiap pasangan hidup. Dalam Islam, suami diiktiraf sebagai ‘raja’ dalam keluarga. Ketaatan terhadap suami merupakan suatu kewajipan yang perlu dipatuhi oleh isteri.

 

Islam Meraikan Wanita

Wanita ialah golongan yang terjamin kehidupannya sepanjang fasa dalam tahap usianya sama ada dia seorang anak, isteri, ibu mahupun apa jua kedudukan. Islam telah mengangkat darjat wanita daripada kehinaan zaman jahiliah dan ketamadunan selepasnya.

Ada Caranya Mendidik Isteri

Suami perlu menjaga hati, perasaan dan perlakuan isterinya agar tidak terus ‘bengkok’. Lihat sahaja hadis tersebut yang dimulakan dengan pesanan: “Nasihatilah para wanita dengan kebaikan”. Suami juga perlu menghormati, menyayangi dan mendidik isterinya sebaik mungkin. Terima isteri seadanya dan sentiasa berfikiran positif dalam melayari kehidupan rumah tangga.

Queen Control Senario Yang Perlu Diperbetul

Queen control sering dilihat sebagai suatu sifat negatif yang dimiliki oleh oleh kaum wanita atau para isteri. Lebih buruk lagi apabila queen control dilabel sebagai perbuatan jahat sebahagian kaum wanitayang ingin mengaut harta suami atau mengongkong suami daripada membuat keputusan sendiri atau memperhamba suami untuk melakukan semua urusan rumah tangga.

 


 

Review/Pertanyaan Majalah