Andai Jodoh Terhenti

Nombor Isu:

113

Tarikh Terbit:

Apr, 2018

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Puncak kepada krisis rumah tangga yang tidak berkesudahan setelah semua usaha menemui jalan buntu ialah penceraian. Tanyalah manamana pasangan yang mendirikan rumah tangga dengan cinta, tidak ada sesiapa yang mahu ia berakhir dengan talak. Namun siapa tahu, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan pula di tengah hari. Takdir Allah, tiada sesiapa yang dapat menebak. Penceraian ialah salah satu juzuk daripada pelbagai lagi juzuk ujian. Ketika diuji itulah rasa kehambaan dan rasa bertuhan perlu diseru. Ya, kita ini hamba Dia. Kita layak diuji.

Isu-isu bulan ini

Cerai KPI Tertinggi Iblis

Suatu slogan yang maknanya dinilai sahih mengenai perceraian ialah ia dinobatkan sebagai perkara halal yang paling
dibenci Allah. Perceraian merupakan salah satu agenda yang menjadi KPI terulung iblis dan syaitan. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya singgahsana iblis berada di atas laut. Dia mengutus para pasukannya. Syaitan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya. Lalu dalam kalangan mereka ada yang melaporkan: ‘Saya telah melakukan godaan ini.’ Iblis menjawab: ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’ Datang pula syaitan yang lain melaporkan: ‘Saya telah menggoda seseorang sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah berpisah (cerai) dengan isterinya.’ Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk berhampiran dengannya dan berkata: ‘Kamu ialah sebaik-baik syaitan!’ (Riwayat Muslim)

Sahabat Pun Bercerai

Pernah suatu hari isteri Thabit bin Qais datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, tidaklah aku mencela Thabit bin Qais atas
agama ataupun akhlaknya, akan tetapi aku khuatir kekufuran dalam Islam.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah kamu mahu mengembalikan kebun miliknya itu?” Ia menjawab: “Ya.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Terimalah kebun itu, dan ceraikanlah dia dengan talak satu.” (Riwayat al-Bukhari)

Cinta Kerana Allah

Cinta sejati pasti diuji. Ujian itu sakit dan pahit kerana itu ialah ubat dan penawar paling mujarab.

Untuk mengekalkan cinta relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan. Berani dan tegarlah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

NabiI MenJaga perasaan IsTeRI

“Baginda menghulurkan tangan
kepadanya, lalu Aisyah berkata:
‘Ini Zainab!’ Lantas Nabi menarik
semula tangan.”