Lima Tahun Pertama

Nombor Isu:

115

Tarikh Terbit:

Jun, 2018

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Lima tahun usia perkahwinan bukanlah tempoh masa yang lama. Pejam celik sudah punya satu atau dua anak. Sudah berubah penampilan dan mungkin juga kerjaya. Namun yang melaluinya dengan kesukaran tentu merasakan tempoh tersebut begitu lama. Setiap perkahwinan pasti diuji. Melalui alam rumah tangga, setiap pasangan akan berdepan masa tertekan memikirkan masa depan rumah tangga mereka. Kata ahli psikologi, tempoh lima tahun pertama ialah masa untuk penyesuaian diri sesama pasangan. Berlaku pergeseran kerana belum saling mengenal. Apatah lagi jika tidak meraikannya komunikasi yang baik. Ketika itu juga, masing-masing baru ingin membina kehidupan berkeluarga. Baru mengenal keluarga mentua. Ujian dari sudut harta juga kerap bertandang. Menyoroti rumah tangga Rasulullah, Baginda puasa sehari, berbuka sehari. Bukan kerana niat untuk berpuasa, tetapi kerana tiadamakanan untuk dimakan. Rasulullah pernah mencagarkan baju besi, bukan untuk membesarkan rumah dan keperluan duniawi tetapi hanya untuk membeli makanan. Rumah tangga Rasulullah minimum dalam soal keduniaan, namun tetap Baginda memaknai kehidupan berkeluarga sebagai syurga dunia. Justeru, apa makna rumahku syurgaku pada Rasulullah? Adakah sifar ujian dan masalah? Mari sejenak kita muhasabah tentang tujuan perkahwinan. Tujuan Islam menyatukan lelaki dengan wanita melalui pernikahan adalah agar dapat mencapai ketenangan, kebahagiaan, ketenteraman danketurunan yang baik yang bakal meneruskan kedamaian di muka bumi Allah.
Justeru untuk mencapai tujuan itu, suami isteri perlu jelas dan sama matlamat. Memang untuk menggapai syurga rumah tangga ada harga yang perlu dibayar. Namun percaya, setiap tanggungjawab dankesabaran pasti berganti pahala andai semuanya kerana Allah. Pasangan ialah hadiah daripada Allah. Jadi bersyukur jika sudah punya pasangan. Bukan itu sahaja, pasangan juga pinjaman daripada Allah. Bila-bila sahaja Allah boleh mengambilnya semula.
 

Isu-isu bulan ini

Rencam Lima Tahun Pertama

“Ketahuilah,saat kamu mula mendirikan rumah tangga, emosi dan sikapmu akan kembali seolah-olah ketika kamu berada pada zaman kanak-kanak"
 

Menuju Bahagia

Tinggalkanlah tabiat buruk mengata, membanding harta mahupun mengeji kata dan bertanyakan zuriat yang masih belum kunjung tiba jika itulah masalahnya.
 

Cinta dan Tanggungjawab

Gabungan keduaduanya melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat-laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur

Warna Sebenar Pasangan

Salah satu daripada kebanyakan ujian yang terbesar dalam alam rumah tangga adalah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali.

Review/Pertanyaan Majalah