Fakir Bandar

Nombor Isu:

120

Tarikh Terbit:

Oct, 2018

Jumlah Muka Surat:

110

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Dunia ini pentas ujian. Tidak semua orang dilahirkan dalam “sangkar emas”. Ada yang kaya, ada yang miskin. Apatah lagi hidup ini umpama roda yang menyaksikan ketika ekonomi jatuh, ada insan yang dilimpahi kemewahan dan rezeki yang melimpah ruah. Bahkan ada juga yang miskin melarat, saat majoriti menikmati kemakmuran ekonomi. Ada yang baharu memulakan kerjaya saat ramai pekerja lain dibuang kerja. Ada juga yang hilang kerja dan susah memasuki kembali pasaran kerja saat ekonomi berkembang pesat.

Kenapa situasi sedemikian? Supaya kita sama-sama dapat membantu sesama kita ketika berdepan kesusahan dan sentiasa prihatin membantu golongan yang memerlukan. Tidak kiralah sama kurang daripada cukup. gelandangan; siang tidak Allah berfirman yang bermaksud, “(Pemberian fakir miskin yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, yang tidak berupaya mengembara di muka bumi. Orang jahil sangka mereka itu kaya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan sifat tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak.

Dan apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 273) Sering kali begitu. Orang yang sangat memerlukan, jarang sekali meminta-minta. Walaupun begitu, tidaklah susah untuk mengenali si miskin dan si fakir ini sebenarnya. Ini kerana kemiskinan ini kadangkala membisu di sebalik nama lain seperti lapar atau kebulur, sakit, kedaifan, maruah yang dipijak atau tindakan mencatu keperluan asas. 

Islam tidak menggalakkan kita menadah tangan meminta-minta, namun Islam memuji insan yang mencari untuk memberi. Ya, kita tidak mampu menyelesaikan kemiskinan dengan tuntas. Namun, usaha kecil kita masih signifikan. Lagi-lagi di hutan konkrit (bandar), kerana kita tidak makan batu dan kayu. Akhirnya, yang kita ingin bukanlah kaya, tetapi cukup. Jadi, apa salahnya mencari untuk memberi?
 

Isu-isu bulan ini

Anak Gelandangan: Didik Atau Herdik?

Reaksi Najasyi

SEDEKAH CARA KREATIF? YANG NOMBOR 6 INI, MESTI KAPITALIS TAK SUKA.

MISI SI MISKIN

Review/Pertanyaan Majalah