Melayu Pemalas

Nombor Isu:

121

Tarikh Terbit:

Nov, 2018

Jumlah Muka Surat:

110

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Allah ciptakan haiwan dengan ketetapan rezeki masing-masing. Itupun, burung mesti keluar dari sarang awal pagi untuk mengenyangkan perut sendiri dan anakanaknya. Ayam perlu mengais dengan kaki untuk mematuk makanan yang berterabur di atas tanah. Monyet perlu bergayut dan melompat dari dahan ke dahan bagi mencari buah-buahan. Singa perlu berburu jika inginkan daging segar dan tidur kekenyangan.

Allah ciptakan sunnah alam begitu. Makhluk hidup perlu bergerak untuk mendapatkan sesuap rezeki.

Begitu juga kisah Maryam yang sakit saat ingin melahirkan. Beliau diarahkan oleh Allah s.w.t. untuk menggoncangkan pohon kurma bagi menggugurkan buah yang sudah boleh dimakan.

Bayangkan, dalam keadaan Maryam yang sakit hendak bersalin, lemah dan bersendirian pula, Allah masih memerintahkan sedemikian. Allah tidak terus hidangkan kurma tersebut ke hadapan
Maryam yang terus sedia boleh dimakan. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 19: 25)

Jadi, Islam dan alam menolak malas jauh-jauh. Melayu hebat. Ada buktinya. Namun Melayu tidak bongkak. Melayu hebat, namun masih bongkok merendah hati. Sujud dan rukuk. Andai ada pencapaian luar biasa dicapai, bangsa Melayu tidak galak berkokok. Itupun, pasti ada yang sedar dan berita kehebatan itu tersebar.

Padi menjadi simbol usaha gigih masyarakat Melayu pesawah dahulu kala hingga kini. Juga simbol mereka mempertahankan tanah warisan. Apatah lagi bangsa Melayu ibarat padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin matang, makin menguning keemasan. Begitu memukau. Bahkan kaya toleransi dan sudi berkongsi. Melayu bukan bangsa yang kaku dan beku!

Isu-isu bulan ini

ELAK ANAK MASUK ZON MALAS

PALU DIPALU

MALAS KERANA HILANG BERKAT

BUDAYA SEDENTARI PUNCA PENDEK UMUR

Review/Pertanyaan Majalah