Merokok Di Khlayak Ramai

Nombor Isu:

124

Tarikh Terbit:

Feb, 2019

Jumlah Muka Surat:

110

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Binatang pun tidak makan tembakau. Ini kerana tembakau itu ada nikotin dan nikotin beracun. Sebab itulah embakau antara tumbuhan yang begitu mudah ditanam dan dijaga. Seolah-olah tidak banyak gangguan haiwan perosak. Jadi, tidak perlu bersungguh-sungguh sembur racun perosak. 


Walaupun tembakau itu bebas racun perosak, hakikatnya rokok yang dijual pula yang kaya racun selain nikotin yang menyebakan ketagihan. Jika kita katakan bahawa rokok berasal daripada tumbuhan (tembakau) dan begitu juga kertas silinder kertas rokok juga semestinya daripada tumbuhan, namun semak pula hasil akhirnya. Ia diproses di kilang dengan pelbagai bahan berbahaya dimasukkan. 

Dari semasa ke semasa, bahan tersebut dipertingkatkan dan ditambah bagi memberi kesan yang lebih kepada perokok. Jika kita mampu senaraikan bahan yang terdapat dalam rokok, kita tahu ia bukan semata-mata tembakau kerana turut mengandungi nikotin, tar, amonia, formaldehid, arsenik dan banyak lagi bahan lain.

Satu perkara yang kita perlu jelas, rokok ialah produk. Pengilang mempunyai keazaman yang kuat untuk memastikan rokok buatan mereka terjual. Bukan sahaja terjual, bahkan laku keras. Laris. 
Oleh sebab itu, pembuat rokok biasanya selalu melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan terhadap rokok bagi memastikan tahap ketagihan dan keseronokan menghisap dan menghembus asap rokok menjadi sesuatu yang mandatori perlu ada dalam hidup seorang perokok. Jadi, perokok akan berjuang untuk kekal sebagai perokok dalam apa jua keadaan sekalipun. Tidak kiralah walaupun harga rokok mahal, terdapat kawasan larangan merokok atau terpapar gambar pelbagai penyakit ngeri pada kotak rokok. 

Ya, rokok memang berasal daripada pokok, namun rokok dicipta sebagai produk. Tidak lain dan tidak bukan, ia hanya produk yang mahu mencipta komitmen kewangan (konsisten membeli rokok) dalam kalangan pencandu rokok dan memberi kesan binasa yang luar biasa kepada diri dan ummah!  

Isu-isu bulan ini

Kenal Sakarat

Gazet Kawasan Larangan Merokok

KERETA API UTHMANIYYAH

ROKOK BANTUT PEMBINAAN INSAN