Musnah Kerana Fitnah

Nombor Isu:

131

Tarikh Terbit:

Sep, 2019

Jumlah Muka Surat:

110

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Mereka fitnah, mudah. Menyampaikan fitnah, mudah. Menyebarkan fitnah, mudah. Membuat orang ramai percaya akan fitnah yang tidak benar, mudah. Merosakkan imej mangsa fitnah, mudah. Mencipta kerosakan dan kemusnahan kerana fitnah juga mudah.

Namun yang susahnya adalah untuk menguburkan fitnah setelah ia sudah melata. Ini satu cabaran yang perlu difikirkan setiap kali sesuatu fitnah ingin dikongsi atau dicipta, secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sekali dikongsi, mampukah kita kuburkan segala fitnah yang sudah subur melata? Menarik balik kenyataan memang mudah, namun menghapuskan fitnah sama sekali jauh lebih susah.

Kadangkala fitnah sudah melata sehingga berada di luar jangkauan kita. Bahkan kesannya juga sudah tidak dapat dihentikan atau direncatkan.

Janganlah kita tergopoh-gapah berkongsi apa-apa sahaja berita yang belum tentu sahih, tidak reti menghormati hak privasi serta tidak mempeduli antara hak dan batil. Ini kerana kita tidak mahu tercatat dalam buku amalan kita walaupun satu daripada perbuatan yang berkaitan fitnah. Lagi-lagi di media sosial yang menyediakan ruang untuk kita tabur fitnah dan menyebarkannya, kemudian boleh lari menyembunyikan diri.

Dalam situasi infobesity kini, jangan mudah percaya setiap perkara yang lalu-lalang depan mata atau singgah di telinga. Fitnah; baca boleh, percaya jangan. Ini kerana fitnah merupakan alat yang digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mencipta propaganda, mengubah sikap dan tindak-tanduk, mengelabui pandangan, mengalih fokus kepada isu tertentu dan sebagainya. Bahkan mencipta fitnah juga merupakan kerjaya bagi sesetengah individu seperti cybertroopers.

Allah berfirman: “Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata, ‘Tidak sepatutnya bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau, ini ialah satu pendustaan yang besar.’” (Surah al-Nur 24: 16)

Ya, jika firman Allah di atas singgah sekurang-kurang sekali sahaja setiap kali fitnah ingin ditabur atau dikongsi, pasti kita dapat mengelak situasi

#MusnahKeranaFitnah...

Husna Hassan

#MusnahKeranaFitnah

Isu-isu bulan ini

Muslim Memfitnah Islam

Apabila Anak Belajar Buat Fitnah

HIKMAH DI HUJUNG FITNAH

NORMALISASI ARAK?