Solat, Jangan Ambil Mudah

Nombor Isu:

135

Tarikh Terbit:

Jan, 2020

Jumlah Muka Surat:

110

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Bagaimana solat terasa berat? Apabila kita membawa dunia masuk ke dalam solat. Di luar solat pun kita tidak boleh terlampau mengambil dunia dengan rakus, apatah lagi dalam solat ketika kita menghadap Rabbul Jalil.

Kalau kita membawa hati yang masih sarat dengan dunia, solat pun mulalah terasa berat. Ya, apa tidaknya. Semasa sedang melakukan urusan akhirat (sedang solat), kita bawa dunia masuk.

Habis itu, macam mana caranya meringankan solat yang terasa berat? Semestinya dengan membuang lebihan muatan. Urusan dunia tidak akan pernah habis. Jadi letak dahulu pelbagai tugasan, urusan, masalah, hajat dan impian dunia di luar solat.

Solatlah waktu untuk kita fokus rasa peduli tentang Allah dan akhirat dengan kehadiran hati, disokong dan didokong oleh lisan dan anggota badan yang lain. Bukankah Allah dan akhirat ini yang kerap diulang dalam pelbagai ayat al-Quran dan hadis? Dalam al-Quran sahaja terdapat 19 tempat yang menggandingkan Allah dan akhirat ini.

Namun apabila kita merasakan solat itu terasa berat, itu perkara normal sebenarnya.  Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya: “Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah 2: 45)

Ya, solat asalnya berat. Namun ada kelompok tertentu yang berkecuali, langsung tidak merasakan bahawa solat itu berat dan membebankan. Bagi mereka, solat itu ibarat permata hati, makanan ruji dan rutin wajib tunai! Tanpanya, jiwa mereka kosong dan terasa jauh daripada Pencipta.

Mereka ialah orang yang khusyuk. Hatinya tawaduk merendah. Dirinya ingin akrab dengan Allah. Anggotanya pula gemar sujud dan rukuk. Ketika ramai insan di dunia kini ambil mudah tentang solat, mereka pula ambil berat tentang solat. Ketika ramai yang menganggap urusan dunia lebih besar berbanding urusan akhirat, mereka pula menganggap urusan akhirat lebih besar daripada dunia.

Cara mereka? Semudah membuang “lebihan muatan” sebelum mengangkat takbiratulihram…

Husna Hassan

#SolatJanganAmbilMudah

#Solusi2020

Isu-isu bulan ini

Kerana Menolak Ganjaran 100 Ekor Unta Betina, Lelaki itu Akhirnya Menyarung Pakaian Kebesaran Kisra.

Apabila Berdosa dan Mengaku Khilaf ini, Bacalah Ayat ini...

Mata Air Zubaidah