2 Telinga 1 Mulut
RM10.00
Tiada Stok

Nombor Isu:

76

Tarikh Terbit:

Feb, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Bencana alam hakikatnya memberi pengajaran yang besar jika dilihat dengan pandangan mata hati. Orang yang beriman dapat melihat hikmah di sebalik tragedi ini. Jika hikmah itu sudah dirasai, insyaAllah akan ringanlah beban perasaan dan segala kegalauan hati dalam menghadapi musibah ini.

Sebaliknya, bagi yang buta mata hati, bencana alam akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada Allah. Mereka bukan sahaja terhimpit dengan kesusahan fizikal dan material, malah jiwa turut terseksa oleh rasa kecewa, marah, hasad dan dukacita yang keterlaluan. Lebih malang lagi mereka akan hilang pahala berganda yang dijanjikan Allah buat hamba yang sabar terhadap ujianNya. Allah berfirman: “Sesungguh- nya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas).” (Al-Zumar 39: 10)

Rasulullah bersabda: “Allah telah berfirman: ‘Sekiranya Aku uji salah seorang hambaKu yang Mukmin, lalu dia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka dia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat pencatat amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hambaKu ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu daripada pahala-pahala amalannya.” (Riwayat Ahmad)

Seorang ahli hikmah, Ibnu ‘Ataillah al-Sakandari pernah berkata, “Sesiapa yang menyangka sifat kasih-sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Sama ada dalam keadaan taat mahupun maksiat, umat Islam haki- katnya sama-sama mendapat didikan dan manfaat daripada bencana alam. Bagi yang berdosa, bencana alam merupakan satu peringatan untuk menyedarkan daripada kelalaian. Bagi yang taat, akan mendapat pahala yang mem- pertingkatkan lagi darjatnya di sisi Allah.

Musibah sama, tetapi natijah berbeza. Orang yang terus derhaka, akan mendapat dosa berganda. Manakala orang yang taat bertambah taat dan menerima pahala yang berganda. Yang penting bukan apa yang telah berlaku tetapi apa yang harus kita lakukan (respons) terhadapnya. Ya, selamanya, apa yang berlaku dalam diri kita lebih penting berbanding apa yang berlaku di luar diri kita.

Kata bijak pandai, “Tuhan sering mengingatkan manusia dengan ‘melontar’ batu-batu kecil, tetapi jika peringatan itu diabaikan, Tuhan mula ‘melontar’ dengan batu-batu besar.” Inilah masanya untuk kembali kepada Allah dan menyelesaikan dosa sesama manusia. Jangan tunggu lama-lama. Usah menanti dihempap gunung, baru hendak berubah.

Dengarlah bisikan untuk berubah, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan untuk diubah. Allah mengingatkan: “Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit daripada azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka kembali bertaubat.” (Al-Sajadah 32: 34)

Kita berharap agar bencana alam ini bukan sahaja menyebabkan hati kita semakin ikhlas bahkan tadbir kita semakin cerdas. Jangan ‘dicabul’ alam ini dengan sikap mementingkan diri. Jangan dibangunkan alam ini tanpa ilmu dan kepakaran yang tinggi. Tidak cukup hanya dengan bermatlamatkan kebenaran, tetapi kebenaran itu perlulah ditegakkan dengan kesabaran dan kebijaksanaan.

Pahrol Mohamad Juoi

Isu-isu bulan ini

Kalaulah Semua Orang Mendengar

Kita sudah pemimpin. Sudah tentu dalam daerah masing-masing. Setidak-tidaknya kita pemimpin kepada anak isteri, adik- beradik atau jiran dan teman. demikian maksud umum pesanan nabi: “semua kamu ialah penjaga dan akan dipertanggungjawabkan atas yang dijaga.”

7 Sunnah Mendengar

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa, Mari menjadi pendengar sehebat rasulullah dengan mengamalkan tujuh sunnah mendengar.

Asalkan Mendengar

Kerana kita semua pemimpin, kita mesti pandai mendengar. untuk pandai mendengar, kita mesti mahir diam. bila perlu berCakap, bila perlu diam. “diam ialah kebijaksanaan tetapi sedikit orang yang melakukannya.” demikian titipan nasihat luQman al-hakim.

Walau Bukan Yang Pertama

Suatu hari imam malik melihat sebuah kitab karangan ibn al-majisyun. kitab itu bertajuk al-muwatta’ yang mengandungi koleksi fatwa ulama ahli madinah dari kalangan sahabat nabi dan tabiin.