Andai Dia Pergi Dulu
RM10.00
Tiada Stok

Nombor Isu:

80

Tarikh Terbit:

Jun, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Seorang isteri yang kematian suami atau suami yang ke- matian isteri. Ketika seluruh dan sepenuh hati masih ber- sama. Tatkala masih banyak yang perlu diselesaikan. Anak-anak, cita-cita dan harapan. Namun, maut datang memutus- kan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Noktahlah segala tadbir apabila takdir mula berbicara.

Masih tidak puas berkongsi cerita gembira dan nestapa, tiba-tiba sahaja dia dipanggil pergi. Pada hari itu lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh dipanggil isteri atau suami. Oh, se- dihnya apabila ditinggalkan si dia, insan yang paling kita yakini sangat mencintai. Kasih kita yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

Kita reda dengan pemergiannya bukan bermakna suka, tetapi menerima keten- tuan Allah. Allah sudah menentukan saat ini, jauh sebelum kita mengenalinya lagi. Maka jangan diperdayakan oleh perasaan ralat dan kesal tidak berkhidmat untuknya itu dan ini sewaktu hidupnya.

Jangan pula tertipu dengan mainan perasaan seperti rasa melupakan pasan- gan, khianat atau tidak setia kononnya. Jika begitu, khianat dan tidak setialah Rasulullah kepada Khadijah kerana berkahwin lain.

Jika kematian dikatakan boleh men- cabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayangsecara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula daripada alam rahim, Baginda telah ditinggalkan oleh ayahanda Baginda, Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah pula menyusul. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih- sayang, datuknya Abdul Muttalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dijaga bapa saudaranya, Abu Talib.

Lalu jika engkau sedang diuji dengan

kematian suami, isteri atau sesiapa sahaja kenangkanlah kisah hidup Rasu- lullah. Hayati dan belajar daripada setiap episod kematian yang telah dilalui Bag- inda. Begitulah Rasulullah menghadapi pemergian orang yang tersayang.

Mengenangkan orang tersayang seka- li-kali tidak melumpuhkan jiwa sebaliknya membakar semangat untuk melakukan kebaikan lain. Berbuat baik kepada pas- angan tidak terhenti dengan kematian- nya. Akan ada ketikanya, kenangan silam menjelma tiba-tiba, lalu perasaan hiba tidak dapat dihalang. Biasanya pada yang pertama; hari raya, hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi anak- yang pertama tanpanya.

Maka setiap kali saat sebegitu tiba, perbanyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik untuknya. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat. Bukan hanya ketika di pusaranya pada hari raya sahaja.

Pahrol Mohamad Juoi

Isu-isu bulan ini

Teladanilah Rasullah Ketika Kehilangan

Pandanglah wajah pasangan yang paling kita sayang. Pasti kita akan berpisah jua dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Kita sudah berjanji sejak dulu; sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti dipisahkan takdir. Takdir yang tidak dapat dihalangi oleh tadbir. Itulah kematian.

Mereka Juga Senasib

Berikut beberapa kisah benar tentang orang yang kematian insan tersayang. Semoga kita dapat menjadi sehebat mereka apabila tiba saatnya.

Oh, Bergini Bertakziah!

"Takziah ya."
Suatu ucapan yang selalu diucap tetapi sering tidak difahami dan jarang sekali berfungsi. Pengalaman kehilangan orang ter-sayang sangat memeritkan. Hinggakan tidak sedikit orang yang boleh hilang pertimbangan. Bahkan seorang suami garang boleh meraung tatkala isterinya meninggal dunia. Pada saat itu, pujukan dan kata-kata penyedar daripada orang terdekat amat diperlukan. Di sinilah hikmah pensyariatan takziah.

Andai dia Pergi Dulu Sebelummu

Waktu menunggu sehingga dinihari di wad kecemasan hari itu rupa-rupanya ‘hadiah’ untuk saya menunaikan janji kepada seorang sahabat. Kengerian ketika melihat sendiri beberapa kemalangan kritikal, antara hidup dengan mati, antara pertemuan dengan perpisahan itu sangat melembutkan hati buat mencoret kata-kata yang penuh makna. Begini mungkin rasa hati sahabat yang ditinggalkan itu