Mungkin Kita Belum Baca Al Quran

Nombor Isu:

81

Tarikh Terbit:

Jul, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Ramadan Karim

“Ramadan datang lagi. Bukan dengan kebetulan tetapi dengan tujuan. Itulah bukti Allah sentiasa sayang. Datangnya dengan peluang keampunan, semoga kita kembali ke sana dengan reda al-Rahman.

Doa kami, semoga kita akan diberikan hidayah dan taufik oleh Allah untuk rela dan tega berpenat berpuasa pada seluruh pancaindera dalam erti kata sebenar.

Insya-Allah, hanya dengan ini kita akan dapat berehat bersama-sama... selama-lamanya... di dalam syurga!”

USTAZ PAHROL MOHD JUOI

Isu-isu bulan ini

Mungkin Kita Belum Baca al-Quran

Tanya kepada diri, "Adakah aku mencintai al-Quran?" soalan ini penting, namun jawapannya lebih penting.

Begini Nabi Membaca al-Quran

Bagaimana cara rasulullah membaca al-quran? Boleh jadi rasulullah baca berjuz-juz al-quran setiap hari. Rasulullah baca al-Quran laju atau perlahan? Bagi menjawab persoalan ini, kami bawakan terjemahan bebas bab cara Rasulullah membaca al-quran daripada kitab Zad al-Ma‘ad karangan ibn al-Qayyim.

Rupannya Tadabbur Itu Mudah

Suatu ketika seorang arab badwi mendengar seseorang membaca firman Allah: “Demi tuhan yang menguasai langit dan bumi, sesungguhnya ini ialah kebenaran seperti mana yang kamu ucapkan.”

Seronoknya Bersama al-Quran

Alami keasyikan hidup bersama al-Quran! 15 tip berikut akan membuatkan anda melihat al-Quran tidak seperti sebelum ini lagi, insya-Allah. Pada saat ini kita tidak perlu pening kepala tertukar huruf ba dengan ta atau tha kerana tiada titik. Kita tidak perlu lagi mengingati bila perlu menyebut Allahu, Allaha dan Allahi akibat tiada baris. Oleh sebab sedang membaca tulisan ini, bermakna pembaca juga tidak perlu berhempas pulas belajar membaca dengan jari yakni tulisan braille. Alhamdulillah.

Promo