Islam Tidak Lagi Indah?

Nombor Isu:

82

Tarikh Terbit:

Aug, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

   Apa yang indahnya tentang Islam?” Bagaimana kalau soalan ini ditanyakan secara spontan kepada kita? Kelu lidah, tergamam dan tergagap-gagap juga hendak menjawabnya. Kalau menjawabpun, jawapannya lebih bersifat skema, bukannya datang daripada jiwa.

   Islam sesungguhnya agama yang indah kerana dicipta oleh Allah yang Maha Indah. Sekiranya Islam dilihat dan dirasakan tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi hati dan fikiran orang yang melihatnya itulah yang tidak indah. Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari, bukan kerana siang tidak terang tetapi mata kelawar itulah yang tidak mampu melihat cahaya siang yang terang benderang.

   Keindahan sebenar Islam hanya dapat dilihat oleh orang yang mempunyai akal yang tajam serta jiwa yang bersih. Keindahan Islam yang begitu menyerlah, tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang menganutnya tanpa ilmu dan ikut-ikutan.

   Peribahasa Arab menyebut, “Seseorang memusuhi apa yang tidak diketahuinya.” Golongan yang jahil membuat andaian dan tanggapan berdasarkan pemerhatian yang sempit dan singkat tentang Islam. Mereka bersandarkan emosi, bukan bertitik tolak kepada hujah, fakta dan ilmu. Mereka inilah yang boleh disifatkan sebagai ‘kelawar’ yang buta daripada melihat cahaya keindahan Islam yang terang benderang.

   Justeru, kerana kejahilan juga mereka gagal melihat Islam secara holistik. Mereka hanya melihat Islam di satu sudut, dengan meminggirkan sudut-sudut yang lain. Mungkin yang dilihat dan dikaji hanya aspek jihad dan ekonomi, tetapi mereka tidak melihat bagaimana Islam mengatur sistem pendidikan, keadilan, perundangan, sosial dan lain-lain.

   Betapa ramai orang yang berada dalam Islam telah keluar daripada Islam kerana kedunguannya. Sebaliknya ramai pula orang bukan Islam yang berbondong-bondong masuk Islam kerana kebijaksanaannya. Inilah yang berlaku di negara-negara Barat sekarang. Islam ialah agama yang berkembang paling cepat di Eropah dan Amerika kerana ramai dalam kalangan mereka menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengenal Islam.

   Hanya apabila Islam dilihat indah, barulah ada dorongan untuk menghayati, mengamalkan dan memperjuangkannya. Dan pada ketika itu barulah ada rasa cinta dan sanggup mati kerana Islam.

Pahrol Mohamad Juoi

Isu-isu bulan ini

Bila Islam Yang Indah Tidak Dilihat Indah

Islam sesungguhnya agama yang indah kerana dicipta oleh Allah yang Maha Indah. Sekiranya Islam dilihat dan dirasakan tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi hati dan fikiran orang yang melihatnya itulah yang tidak indah. Umpama kelawar pasangan hidup, yakni lelaki memerlukan wanita dan begitulah sebaliknya. Maka Allah berfirman: “Bernikahlah.” (Al-Nisa’ 4: 3) yang tidak dapat melihat pada siang hari, bukan kerana siang tidak terang tetapi mata kelawar itulah yang tidak mampu melihat cahaya siang yang terang benderang.

Mungkin Muslim Sendiri Belum Menemui Keindahan Islam

"Apa yang indahnya tentang Islam?"

Bagaimana kalau soalan ini ditanyakan secara spontan kepada kita? Kelu lidah, tergamam dan tergagap-gagap juga kita hendak menjawabnya. Kalau menjawabpun, jawapannya lebih bersifat skema, bukannya datang dari jiwa.

Ezy-Dakwah Khas

Peminat bola sepak bila-bila masa bersemangat sahaja bersembang tentang bola. Peminat fesyen pula galak mengulas tentang jenis kain dan fabriknya. Begitulah lumrah. Orang yang menyukai sesuatu akan teruja bercakap tentangnya. Lalu bagaimana mungkin orang yang menyayangi Islam tetapi merasakan segan silu bercakap tentangnya? Solusi kali ini mengajak pembaca membiasakan diri untuk bercerita tentang agama kepada mereka yang belum mengenali Islam dengan kefahaman sebenar. Berapa ramai kenalan bukan Islam kita yang menanti penerangan daripada kita. Untuk langkah pemula, tidak perlu berbicara, cukup sekadar menghulurkan risalah kecil Ezy-Dakwah ini sahaja.

Sejelas Jaafar Seikhlas Najasyikhas

Wakil Quraisy berkata, “Wahai Tuanku, telah masuk ke negaramu sekumpulan orang bodoh. Mereka keluar daripada agama kaum mereka sendiri, namun tidak pula masuk dalam agamamu. Mereka membawa agama baharu yang direka-reka, yang kami sendiri tidak tahu tentangnya, begitu juga Tuanku. Jadi kami diutus ke sini untuk membawa mereka pulang oleh golongan bangsawan kami yakni ayah, bapa saudara dan ahli keluarga mereka sendiri.”

 

Promo