Kembalikan Hatimu Ke Masjid

Nombor Isu:

84

Tarikh Terbit:

Oct, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Bukan Kerana Masjid Jauh

Berbeza dengan generasi para sahabat Rasulullahyang apabila mempunyai masalah terus bergegas ke masjid, generasi hari ini apabila bermasalah semakin lari dari masjid. Sebaliknya mengunjungi pusat hiburan dan pelesiran untuk menyanyi, menari dan melakukan aktiviti yang berdosa dan melalaikan, kononnya untuk mendapatkan ketenangan. Malangnya, ketenangan yang dicari semakin jauh.

Manusia hari ini juga kurang prihatin dengan penyakit-penyakit rohani seperti syirik, sifat mazmumah, kufur dan munafik, sebaliknya sangat mengambil berat tentang penyakit-penyakit fizikal. Hal ini disebabkan mereka sama ada tidak sedar bahawa penyakit-penyakit rohani itu lebih berbahaya daripada penyakit lahiriah ataupun mereka sendiri tidak tahu bahawa mereka telah mengalami penyakit-penyakit tersebut.

Akibatnya, ramai orang yang ‘buat tak kisah’ dengan penyakit rohani berbanding penyakit lahiriah. Oleh sebab itulah klinik dan hospitallebih ramai dikunjungi berbanding masjid. Hanya orang yang serius dengan penyakit hatinya sahaja akan mengutamakan masjid. Masjid terpinggir kerana manusia kian meminggirkan kesihatan rohani berbanding kesihatan fizikal.

 

Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Pengarang Kumpulan Majalah

Isu-isu bulan ini

Rehat dan Rawat Hatimu di Masjid

Seorang pemuda yang sedang gelisah hatinya bertemu Ibn Mas‘ud untuk meminta nasihat. Ibn Mas‘ud berkata, “Carilah hatimu di tiga keadaan. Saat mendengar ayat-ayat al-Quran dikumandangkan, di majlis-majlis tempat orang berzikir dan pada saat engkau berada sendirian di tempat sunyi. Jika tidak kamu dapatkan hatimu di tempat-tempat ini, maka bermohonlah kepada Allah agar mengurniakan hati lain, sebab pada dasarnya engkau tidak mempunyai hati.”

Kaki Masjid di Dunia, VIP Allah di Syurga

Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!” Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam whatsApp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut.

Muslimah Yang Hatinya Terpaut Pada Masjid

Seolah-olahnya muslimah kurang berkaitan sahaja apabila berbincang tentang masjid. Maklumlah muslimah solat terbaiknya di rumah. Maka apa lagi yang hendak dibincangkan?

Begini Bertetamu di Rumah Allah

Jika memasuki rumah orang lain kita diajarkan adab-adab sebelum memasukinya, apatah lagi untuk menjadi tetamu di rumah allah yang mulia. ayuh kita perhati dan amal etika-etika berikut

Promo