Jangan Selesa Di Zon Selesa

Nombor Isu:

86

Tarikh Terbit:

Dec, 2015

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Muslim tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa dirinya. Dia berazam untuk berusaha melakukan yang lebih baik lagi. Semangat fastabiqul khairat begitu mendarah daging dalam dirinya. Berlumba-lumbalah dalam kebaikan. Namun sering kali kita bertangguh melakukan sesuatu atas suatu alasan. Sering kali pula gagal melakukan apa yang dirancang disebabkan alasan itu. Dan sering kali alasan itu sebenarnya dalam wajah lain ialah malas. Kena dengan isu ini juga, malas ialah erti kata lain bagi selesa di zon selesa.

Mengapa manusia tidak mahu memperkembangkan dan mengoptimumkan kelebihan-kelebihan diri yang diberi oleh Allah, sehingga kelebihan itu terus terpendam?Seperti gelung getah yang jika kita biarkan, besarnya hanya setakat itu. Tetapi jika kita hendak meregangnya menjadi lebih besar, kita perlu terikkan gelung getah itu. Apabila ditarik bermakna kita berpindah dari zon selesa kepada zon mencabar. Apabila ditarik, tentulah ada sedikit kesakitan. Itulah yang  dikatakan no pain, no gain.

Kekuatan ada dalam diri kita sendiri. Kekuatan kurniaan Allah. Terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menggunakannya untuk berjaya. Takdir daripada Allah, tadbir daripada kita. Cabarannya ialah bagaimana kita mengusahakan sebaik-baik tadbir, supaya Allah akan memberi sebaik-baik takdir. Dalam hidup kita mesti melihat tujuan Allah mentakdirkan perkara- perkara yang berlaku dalam diri kita. Allah tidak menciptakan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Cuba cari tujuan Allah meletakkan kita dalam satu- satu keadaan. Apabila sudah tahu akan tujuan itu, barulah kita bergerak selaras dengan minda, fikiran dan perasaan untuk bertindak selaras dengan tujuan yang Allah tetapkan pada kita pada situasi itu. Bertindak ke arah itu, insya-Allah ada kejayaan.

Isu-isu bulan ini

Jangan Selesa Di Zon Selesa

Allah mencipta manusia untuk berjaya, bahagia dan menikmati ketenangan dalam hidupnya. Maha Suci Allah yang bebasdaripada sifat-sifat zalim yang tidak men- cipta manusia untuk gagal atau men- derita. Untuk berjaya, Allah mengurniakan setiap manusia kelebihan, bakat, minat dan kecenderungan yang tersendiri.

Atau Sebenarnya Kita Malas

Sering kali kita bertangguh melakukan sesuatu atas suatu alasan. Sering kali kita gagal melakukan apa yang dirancang disebabkan suatu alasan. Dan sering kali alasan itu sebenarnya dalam wajah lain ialah malas. Kena dengan isu ini juga, malas ialah erti kata lain bagi selesa di zon selesa.

Kerana Kita Ada Syurga

Apa Kami Dapat? Mengimbau Bai‘ah al-Aqabah. Akhirnya sekumpulan orang Madinah sudi membantu Nabi.  Merekapun mengadakan pertemuan sulit dengan Baginda. Ketika mereka hampir bertekad untuk bersumpah setia membela Nabi, lantas bangkit al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah. “Wahai sekalian orang Khazraj, kamu sedarkah untuk apa kamu berbaiah dengan orang ini? Sesungguhnya kamu sedang berbaiah untuk berperang dengan seluruh manusia, merah dan hitamnya. Jadi kamu merasakan harta kamu akan lupus dan orang kehormat kamu akan terbunuh sebagai malapetaka, maka serahkan...

Yasin: Semoga Tidak Sekadar Membaca

Setiap minggu. Boleh dikatakan masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mengamalkan bacaan surah Yasin. Namun bukan soal sunnah-bidaah atau boleh-tidak amalan ini yang ingin dibincangkan di sini. Alhamdulillah bagi anda yang membaca dan faham akan kandungan surah ini. Surah yang mengasyikkan, bukan? Bagi yang belum, adakah saudara perasan dua perenggan berikut dalam surah Yasin?